Salah satu Hong Kong Super Fans, Elfira Loy kongsi pengalaman mengapa pilih Hong Kong sebagai favourite holiday

Umum lagi kita ketahui dengan pelakon cantik ini. Semua sedia maklum Elfira sentiasa membuat keputusan yang mengutamakan keluarganya; daripada rutin harian seperti berkongsi detik-detik yang berharga, memilih pilihan makanan yang sihat dan aktiviti riadah seperti memilih destinasi pelancongan yang mesra keluarga serta Muslim.

Merupakan Seorang Hong Kong Super Fans

Elfira juga seorang Hong Kong Super Fans, iaitu sebuah komuniti yang dimulakan oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (Hong Kong Tourism Board, HKTB). Pengaruh media sosial (KOLs) yang berminat terhadap Hong Kong akan direkrut untuk berkongsi pengalaman mereka di bandar itu sebagai salah satu rancangan pasca Covid Lembaga Pelancongan Hong Kong.

Melancong Ke Hongkong Sebanyak Tiga Kali

Elfira telah melancong ke Hong Kong sebanyak tiga kali; pada tahun 2010, 2013 dan 2018. Baginya, dia berasa selesa sebagai seorang pelancong Muslim di Hong Kong. Beliau menyatakan Hong Kong merupakan salah satu destinasi yang paling mudah untuk mengunjung, terutamanya dengan pelbagai kemudahan untuk pelancong Muslim.

Hong Kong Merupakan Lokasi Terbaik

Sebagai seorang isteri dan ibu, Elfira setiasa teliti untuk keperluan keluarga kecilnya, seperti jadual perjalanan yang perlu diatur mengikut waktu solat, jadual makan dan juga aktiviti mengikut minat setiap ahli keluarga. Baginya, Hong Kong adalah salah satu tempat yang terbaik untuk pelancong Muslim. Dengan makanan halal yang mudah didapati, masjid yang mengagumkan untuk beribadah, dan kemudahan surau yang dilengkapi di taman tema, ia benar-benar memudahkan

Hong Kong Tumpukan Pelancongan Halal

Pelancongan Halal adalah salah satu tumpuan Lembaga Pelancongan Hong Kong dan pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mempromosikan Hong Kong sebagai destinasi pelancongan yang Mesra Muslim. Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari www.discoverhongkong.com/seasia/explore/muslim-travel.html. Sumber, murai