Terlihat pelik dan geli, Ketahui sebab mengapa si bulus suka hidu dubur kucing lain

Tahukah anda ada beberapa sebab mengapa kucing gemar menghidu dubur kucing lain. Ketika melihat kucing anda begitu asyik menghidu dubur si bulus yang lain, pasti anda merasakan ia perbuatan yang aneh dan menjijikkan. Namun, apabila anda menarik kucing daripada terus melakukan perbuatan tersebut, itu bererti anda sudah mengganggu perilaku sihat yang sering dilakukan si bulus. Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa kucing gemar menghidu dubur antara satu sama lain, bukan?

Perbuatan itu adalah salah satu bentuk komunikasi di antara kucing

Animal Wised menjelaskan kucing memiliki bentuk bahasa yang berbeza daripada manusia meskipun ia mampu mengeluarkan suara tetapi bentuk komunikasi utama mereka adalah menerusi bahasa tubuh. Bahasa tubuh seekor kucing boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk termasuklah ikatan kepercayaan, persahabatan, kasih sayang, ia sedang marah dan sebagainya. Berbalik kepada perbuatan kucing menghidu dubur kucing lain, ia sebenarnya adalah cara mereka menyapa antara satu sama lain.

Pelbagai perkara boleh disampaikan dengan hanya menghidu dubur kucing lain.

Tidak hanya menyapa, kucing juga bertukar informasi antara satu sama lain ketika melakukan perbuatan itu. Ketika kucing menghidu dubur si bulus lain, mereka mengungkapkan tentang kesihatan dirinya, dari mana mereka datang, apakah ia aktif secara seksual dan sebagainya. Jadi, kehidupan sosial kucing tidak sama seperti manusia dan kerana itu kita tidak pernah melihat ia berjabat tangan dengan kucing lain, berbual atau bercium dan berpelukan saat bertemu. Sumber, mstar

Si Bulus Sering Beradu Bersama Anda, Keselamatan Antara Salah Satu Sebabnya. Hanya orang yang pernah atau pelihara kucing je yang tahu betapa banyak kerenah si meow tu kan. Walaupun kadang-kadang boleh buat kita pening sebab ada barang yang pecah, namun gelagat haiwan comel ni boleh hiburkan hati. Mesti ramai juga tuan kucing yang tertanya-tanya kenapa kucing anda suka tidur dengan anda atas katil walaupun kita dah sediakan tempat beradu khas untuk mereka kan. Jom kita semak lima sebab kenapa kucing gemar tidur dengan tuannya.

Kehangatan 

Menurut laman web AKC Reunite, jika ada kawasan yang hangat di rumah anda, kucing peliharaan akan menyukai tempat itu sebab si bulus ini memang suka kehangatan. Katanya, kehangatan atau haba dari tubuh manusia menyebabkan kucing ni suka tidur berdekatan kita terutamanya di kawasan kaki atau kepala. Ini kerana, haba paling banyak keluar dari bahagian tubuh berkenaan.

Persahabatan

Sebab yang paling ringkas kenapa kucing korang suka tidur bersama dengan korang ialah kerana ia percayakan tuannya. Binatang peliharaan ini percaya bahawa korang akan menjaganya dan suka menghabiskan masanya bersama-sama manusia kegemarannya. Ini juga dikatakan salah satu cara kucing untuk menunjukkan rasa sayangnya kepada tuannya. Keselamatan, kucing tidur bersama tuannya bermaksud ia tahu korang bukanlah makhluk yang jahat dan korang boleh melindungi si bulus jika mereka diserang oleh pemangsa pada waktu malam.

Wilayah (territory)

Untuk pengetahuan semua, kucing merupakan spesies haiwan yang amat territorial di mana mereka sangat menjaga kawasan yang dianggap kawasan mereka. Dalam kes ini pula, si meow korang mungkin dah menganggap tempat tidur atau katil korang sebagai wilayahnya juga. Difahamkan, kucing akan menggosok kepalanya pada objek dan berjalan di atas objek untuk menanda wilayahnya. Ini kerana terdapat kelenjar khas pada kaki dan kepala yang akan mengeluarkan pheromones.

Keselesaan 

Salah satu sebab mengapa kucing korang suka tidur bersama ialah kerana mereka ingin dapatkan keselesaan, lapor Animal Wise. Mungkin juga katil korang tu sangat selesa sehingga kucing pun suka tidur kat situ. Lagipun, ada orang kata tidur dengan kucing juga boleh bantu kita hilangkan stres. Cuma kena pastikan si bulus korang tu bersih la kan. Sumber, lobak merah