Sebelum pergi beraya wajib pakai masker dulu, Ketahui petua ni confirm kulit berseri

Memang sudah kita ketahui setelah dua tahun tak beraya sakan, nampaknya tahun ini semua orang bakal all out meraikan Syawal. hujung minggu ni punyalah banyak open house! Masa-masa genting inilah jerawat muncul. Bermaharajalela pula tu di atas muka! Aduh sakitnya hati melihat kemunculannya! Jangan risau. Cuba penyelesaian paling cepat untuk menghilangkan jerawat iaitu menyapu masker semula jadi buatan sendiri. Masker istimewa ini mampu merawat wajah bakal pengantin mahupun pengantin baru sekali gus mengubati jerawat tanpa kesan sampingan. Malam ni, jom amalkan petua masker DIY di bawah.

Masker Pisang

Buah pisang kaya dengan antioksidan dan mempunyai peranan penting dalam memelihara kesihatan kulit wajah. Keajaiban buah pisang menjadikan jerawat hilang perlahan-lahan. Memakai masker daripada buah pisang juga memberikan rasa sejuk kepada kulit dan sesuai diaplikasi kepada semua jenis kulit. Caranya, ambil sebiji pisang dan lumatkan. Tambah sesudu madu dan gaul sebati. Sapu rata pada wajah sebagai masker dan biarkan selama 30 minit. Bilas sehingga bersih dengan air.

Masker Anggur

Gugusan buah anggur bukan sahaja enak dimakan malah berkuasa untuk menyingkirkan jerawat. Anggur sesuai dijadikan masker kerana nutrisi vitamin A dan Emampu merawat wajah agar bebas daripada masalah kulit. Ia kaya dengan antioksidan dan berupaya melindungi wajah secara menyeluruh. Caranya, ambil 5 biji buah anggur dan kisar sampai halus. Tambah satu sudu madu dan gaul hingga sebati. Sapu ke seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air suam sehingga bersih. Mudah bukan

Masker Nanas

Buah nanas kaya dengan enzim Bromelain yang membantu proses pembaharuan kulit. Enzim ini juga membantu menyingkir jerawat sehingga ke bahagian akar. Jadi, jerawat tidak akan mudah timbul pada kulit yang telah disapu dengan nanas. Langkah penyediaannya juga sangat mudah iaitu dengan mengisar hirisan nanas. Tambah sedikit madu agar komposisinya mudah melekat di kulit. Sapu masker pada bahagian yang berjerawat dan biarkan seketika. Bilas bersih dan kulit akan bebas daripada sebarang jerawat.

Masker Manggis

Buah manggis semakin menjadi pilihan rawatan kecantikan. Ekstrak kulit manggis sangat berkesan untuk menyingkir jerawat yang timbul di permukaan kulit. Caranya, anda boleh mengoles terus ke bahagian kulit wajah atau merebus kulit manggis terlebih dahulu. Air rebusan kulit manggis boleh digunakan sebagai masker atau mencuci wajah.

Masker Strawberi

Buah strawberi yang ranum memang manis jika dimakan.Ia juga berupaya menyingkirkan jerawat namun tidak boleh bertindak sendirian. Gabungan buah strawberi, madu dan lemon sangat berkuasa untuk menghapuskan jerawat. Selain kaya dengan sumber antioksidan, buah strawberi juga mengandungi asid salicylic yang merupakan bahan utama dalam produk menghapuskan jerawat. Untuk membuatnya, ambil 3 biji buah strawberi sederhana besar dan kisar hingga lumat. Masukkan satu sudu madu dan perah sedikit lemon. Sapu ke bahagian berjerawat dan biarkan seketika. Bilas sehingga bersih dengan air suam.

Masker Lemon

Buah lemon memang terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Ia kaya dengan vitamin dan sumber antioksidan, sekali gus membuatkan lemon sebagai antara ramuan penting dalam produk kecantikan. Anda juga boleh membuat masker dengan memerah sebiji buah lemon dan ambil jusnya. Campur dengan satu sudu madu dan gaul sebati. Sebelum menyapu masker ini, bersihkan wajah dengan air suam terlebih dahulu. Bilas dengan air sejuk dan lap dengan tuala lembut. Sumber, pesona pengantin