Siapa tak kenal dengan pelakon ini. Baru baru ini Dayana menyatakan bahawa individu yang hamil anak luar nikah sering dih1na dan dibuang oleh keluarga. Pelakon jelita, Dayana Roza meluahkan hasrat murninya untuk membuka untuk membuka sebuah rumah perlindungan untuk wanita yang hamil anak luar nikah. Dayana menyatakan bahawa individu yang hamil anak luar nikah sering dih1na dan dibuang oleh keluarga.
Individu Hamil Anak Luar Nikah Sering Dihina & Dibuang Keluarga
Menerusi hantaran di Instagram, Dayana menyatakan bahawa individu yang hamil anak luar nikah sering dihina dan dibuang oleh keluarga yang menyebabkan mereka bertindak untuk membuang bayi luar nikah itu. “Kat Malaysia ni, kalau hamil luar nikah dihina & dibuang keluarga. So diorang buang baby sebab takut tapi bila buang baby lagi la salah. Memang berz1na salah. Hamil anak luar nikah salah. Tapi zaman sekarang ni semua orang tak boleh lari dari kesilapan . Itu antara dia & Allah.”-Dayana Roza
Tiada Hak Menjatuhkan Hukum
Tambahnya lagi, Dayana turut memberitahu bahawa mereka sebagai manusia tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan hukum terhadap individu yang hamil anak luar nikah. “Kita manusia takde hak untuk jatuh hukum. Takde mak yang tak sayang anak. Mengandung bukan senang. Rasa sayang kat anak tu dah ada bila dia dalam perut lagi. Tapi dia terpaksa buang sebab takut orang h1na. Jadi salah mak atau orang-orang yang menghina? Renung-renungkan”-Dayana Roza. Di akhir hantaran nya di Insta Stories, Dayana turut menitipkan doa agar impian dan niatnya untuk menubuhkan rumah perlindungan untuk individu yang hamil anak luar nikah dimakbulkan oleh Allah. Sama-sama kita doakan agar niat murni Dayana Roza menjadi kenyataan. Aminn. Sumber, murai