Terima anugerah khas meletop, Bekas penerbit radio dedah perangai sebenar Aznil Nawawi buat ramai terharu

Artis

Siapa tak kenal dengan pengacara dan personaliti terkenal ini, Datuk Aznil Nawawi menerima Anugerah Khas MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era (AME2021) yang berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebentar malam tadi. Aznil, 60, menerusi sesi siaran langsung di Instagram, semalam, meluahkan rasa terharu dan terkejut  menerima anugerah ini. Ini kerana beliau tidak diberitahu bakal menerima anugerah, malah dia diberi mandat untuk menyampaikan sendiri anugerah tersebut.

Aznil berkongsi video pendek dia di atas pentas menunjukkan reaksi wajahnnya yang begitu terkejut tatkala namanya tertera di skrin menerima Anugerah Khas MeleTOP. “Moment paling blurr atas pentas…#AME2021” – tulisanya di Instagram Bekas Penerbit Radio Kenang Zaman Bekerja Dengan Aznil. Sementara itu, menurut tinjauan kami di IG Stories Aznil, bekas penerbit radio ERA, Raja Nadia telah mendedahkan pengalaman bekerja rapat dengan pengacara Akademi Fantasia ini. “Tahniah Pak nil. Anda layak Sifu! Cikgu saya dalam industri hiburan. Bekerja rapat dengan Pak Nil untuk Riuh Pagi ERA, Carta ERA, Macam-macam Aznil, Tom Tom Bak dan sebagainya.”- tulisnya dengan menggunakan akaun bernama Raja Nadia.

Menutu Nadia, Aznil telah mengajarnya banyak hal dalam industri hiburan. “Perkara yang saya belajar dengan beliau, Disiplin, Menepati Masa, Kepantasan dan Pemikiran Luar Kotak.”- tulisnya. Lebih menarik, Nadia sempat berkongsi pengalaman bekerja rapat dengan  Aznil yang mungkin ramai yang tak tahu. “Masa beliau di radio, penerbit tak boleh sampai lebih lambat dari dia. Tepat jam 5 pagi dah sampai studio, 5,15 pagi Pak Nil dengan sedia wuduk akan sampai.

Pergi office area ambil biskut Hup Seng dan Milo kemudian makan sarapan awal  sambi browsing newspaper. Beliau enjoy food. Bab makan tak berkira. Kalau dia ajak makan, dosa besar kalau tak makan. Dia paksa makan. Jangan feeling diet memang kena la. Siapa pernah kena marah dengan Pak Nil, angkat tangan. “Kalau gaduh bab kerja saja, nothing personal. Habis meeting segala marah-marah tu terus hilang seperti tiada apa yang berlaku. Dia memang legenda. Terima Kasih Pak Nil”

26 tahun dalam Industri Hiburan

Sekadar info, Aznil berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 26 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau dianugerahkan gelaran kehormat Datuk oleh Yang Di-Pertuan Agong sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2013. Sepanjang kerjayanya dalam bidang penyiaran, Aznil telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi Pengacara TV Lelaki Popular, Anugerah Seri Angkasa bagi Pengacara TV Popular, dan beberapa lagi anugerah yang diterimanya.

Pada tahun 2009, Aznil digandingkan bersama Din Beramboi  sebagai pasangan juruhebah terbaru rancangan Riuh Pagi di Era FM. Macam-macam Aznil merupakan sebuah rancangan bual bicara yang dihoskan oleh Aznil Nawawi di Astro Prima. Sebelum ini rancangan ini disiarkan di Astro Ria. Rancangan ini juga di siarkan di televisyen percuma Melayu Singapura, Suria. Rancangan ini pernah memenangi anugerah “Asia Best Talk Show”. Sumber, murai