Memang tak asing lagi kita dengan pelakon lelaki g4nas dan kacak ini. Bersempena hari ibu Sharnaaz menitipkan ucapan hari ibu buat Nabila malah turut berterima kasih padanya kerana menjadi ibu yang hebat buat Jebat. ‘Kasih Ibu Selamanya’ adalah tema sambutan Hari Ibu pada tahun 2022 bagi menghargai wanita terpenting dalam kehidupan setiap insan. Pelakon, Sharnaaz Ahmad turut tidak ketinggalan memberikan ucapan istimewa buat bekas isterinya, Noor Nabila yang merupakan ibu kepada anak lelaki mereka, Jebat Jayden Ahmad.
Titip Ucap Hari Ibu Buat Nabila
Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz menitipkan ucapan hari ibu buat Nabila malah turut berterima kasih kerana menjadi ibu yang hebat buat Jebat. “Happy mothers day to Mummy @noornabila…Terima kasih menjadi super mummy dan angry mummy kepada Jebat Jayden Ahmad. Jebat ada mummy yang sangat penyayang cuma akan bertukar menjadi raksasa yang ganas kalau Jebat buat perangai pak dia “- Sharnaaz Ahmad
Pemilihan Calon Mak Baru Kini Dibuka
Tambahnya lagi, Sharnaaz turut berseloroh mengenai dirinya yang kini sudah membuka pemilihan calon isteri yang baru. “Pemilihan calon mak baru kini dibuka. Sila bertenang.”- Sharnaaz Ahmad. Warganet dan rakan artis luah rasa teruja. Di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis meluahkan rasa teruja dengan kapsyen Sharnaaz malah ada yang mendoakan agar Sharnaaz cepat bertemu jodoh. Kata warganet “Ayat last pun.”-Elizad Sharifuddin, “Pilih orang Penang pulak. Senang nak balik kampung makan nasi kandar.” “Nahh 🔥🔥🔥🔥 untuk caption last. Semoga cepat bertemu jodoh.” “Lawak @sharnaazahmad.. Terbaik ucapan..” Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Namun mereka telah berpisah pada 9 Julai 2020. Sumber, murai