Dulu mungkin tertekan, Amira Othman mohon doakan bertemu dengan jodoh yang baik

Memang tak asing lagi kita dengan penyanyi yang comel lagi ayu ini. Penyanyi Amira Othman sentiasa bersikap terbuka apabila dirinya ditanya mengenai soal jodoh ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.  Amira,29, berkata, dia menganggap soalan seperti itu adalah perkara normal yang sering diajukan oleh saudara-mara bagi memulakan perbualan.  Katanya “Kalau dulu mungkin saya sedikit tertekan dengan pertanyaan seperti ini,  tapi sekarang saya anggap ia sesuatu yang normal. “Saya percaya semua orang pasti nak tahu bilakah individu yang masih bujang akan melayari bahtera rumah tangga.   “Jadi tak perlulah nak stres sebaliknya berlapang dada untuk menjawabnya. Jawapan saya mudah saja setiap kali disoal iaitu mohon doakan agar dipertemukan jodoh yang terbaik,”katanya.

Menurut Amira, dia reda apabila masih belum bertemu dengan jejaka yang tepat dalam hidupnya meskipun sudah berusia 29 tahun.  “Saya sebenarnya meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 30 tahun, tapi tahun ini sudah 29 tahun dan masih belum berjumpa dengan jejaka pilihan hati.  “Kadangkala apa yang kita rancang tak sama dengan apa yang Tuhan sudah takdirkan. Saya reda dan sentiasa berfikiran positif apabila berkaitan jodoh,”katanya. Sumber, harian metro

Amira Othman masuk wad akibat bersenam berlebihan. Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Amira Othman ditahan di hospital sejak Sabtu lalu selepas berdepan komplikasi akibat melakukan aktiviti kecergasan secara berlebihan. Amira ketika dihubungi berkata, isu kesihatannya mula timbul selepas dia mengikuti senaman berbasikal ‘indoor’ minggu lalu. “Rabu lalu, saya ikuti latihan kecergasan berbasikal secara ‘indoor’. Selalunya, kalau saya bersenam atau melakukan aktiviti kecergasan, adalah normal sekiranya badan akan sakit-sakit selepas itu.

Katanya lagi “Namun, kali ini sakitnya berbeza dan tak menunjukkan tanda-tanda akan berkurangan. Masuk hari ketiga, peha saya membengkak,” katanya kepada Harian Metro. Dia kemudiannya menjalani terapi, namun sakitnya masih tidak berkurangan. “Apabila terapi pun tak menjadi, rasa sakit itu pun tak hilang. Nak dijadikan cerita, sewaktu saya membuang air kecil, airnya menjadi warna hitam. “Apabila saya bercerita dengan ibu bapa, mereka menasihatkan saya supaya membuat pemeriksaan di hospital memandangkan itu menunjukkan tanda-tanda sakit yang berkaitan dengan buah pinggang dan hati. “Apabila saya rujuk ke hospital, doktor maklumkan komplikasi yang berlaku adalah disebabkan aktiviti kecergasan yang berlebihan. Mujurlah buang pinggang saya masih dalam keadaan baik,” katanya.

Amira yang masih dirawat di sebuah pusat perubatan di sini berkata, perkara itu menjadi pengajaran buatnya. “Selama ini, saya tak sangka senaman berlebihan boleh membawa kepada kemudaratan. Doktor maklumkan, bersenam tak menjadi masalah, tapi kita perlu tahu had memandangkan ia bergantung kepada tubuh seseorang. “Saya jadikan ini sebagai pengajaran buat diri saya dan keluarga. Sakitnya tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata,” katanya.