Tyra akui tidak merasa kekok bekerja bersama bekas teman lelaki, Rupanya anak tiri Tok Ti juga seorang yang profesional

Umum lagi kita mengenali dengan gadis cantik berkulit sawo matang ini. pempengaruh media sosial dan usahawan muda, Tyra Kamaruzzaman mengakui tidak kekok atau janggal biarpun perlu bekerja di bawah satu bumbung dengan bekas teman lelaki, Aazief Khalid yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menurut Tyra, 23, meskipun hubungan mereka sudah putus sejak empat tahun lalu, masing-masing tahu membezakan soal kerja dan peribadi. “Dah lama dah sebenarnya, dah empat tahun dah (putus). I think if you learn how to let go of the past, sangat senang untuk bekerja dengan someone yang you had a past with.

Katanya lagi “Even though things did not work out between me and Aazief, we keep itu professional. Pada saya, kerja adalah kerja, hal peribadi yang dah lepas, biarkan berlalu. “Kita pun dah besar dan kami pun tahu ini soal kerja. Setiap hari pun memang kami jumpa satu sama di pejabat, bekerja dengan Aazief sangat senang,” kata Tyra kepada MH ketika ditemui pada majlis pelancaran terbaharu produk Beautyra X Disney Princess di Lightbox, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini. Bercakap mengenai kolaborasi tersebut, Tyra berkata dia sangat berbesar hati apabila jenama antarabangsa seperti Disney mahu menjalinkan usahasama dengan produk yang diusahakannya.

Katanya lagi “Sudah pasti saya berasa terharu dapat bersama-sama dengan Disney untuk kolaborasi ini. Dari kecil lagi, saya memang minat dengan watak-watak yang ada dalam Disney. “Untuk produk lip tint dan maskara ini memang saya sengaja pilih watak-watak kegemaran saya seperti Mulan, Pocahontas dan Jasmine untuk koleksi kali ini. “Harapnya kolaborasi ini akan dapat menambat hati ramai di luar sana,” katanya. Sumber, media hiburan