Ramai yang anggap Rosyam Nor biadab lepas tanya pasal kahwin pada Shuib, tak boleh berdiam sekali ini penjelasan dari tuan badan buat ramai yang terkedu

Tentang dialog serta pertanyaan dari Datuk Rosyam Nor kepada pelawak Shuib Sepahtu berkaitan status duda dan pengganti, ramai yang kurang senang dengan tndakan pelakon berkenaan. Ramai penonton mengatakan, tidak patut Rosyam Nor berkata sedemikian kepada Shuib di satu anugerah yang diadakan secara langsung. Namun ramai tak tahu apa yang berlaku di sebalik kejadian berkenaan. Melihat ramai yang tidak senang dengan percakapannya itu, Datuk Rosyam Nor akhirnya menjelaskan apa yang terjadi. Kata Datuk Rosyam Nor, semuanya yang berlaku di atas pentas itu bukanlah secara tiba-tiba sebaliknya ianya di rancangan dan Shuib pun dah tahu tentang hal berkenaan.

“Itu semua merupakan satu gurauan terancang. Apa yang berlaku antara saya dan Shuib, semuanya telah ada dalam skrip.” “Saya ingin beritahu bahawa apa yang dilontarkan dan kemudian dipertontonkan kepada masyarakat pada malam itu adalah satu gurauan yang telah dirancang antara saya dan juga Shuib.” “Shuib pun tahu apa yang nak saya tanya dan dia pun dah bersedia untuk jawab pertanyaan saya dalam cara yang tak terlalu formal.” Jelas Rosyam Nor dia sama sekali tak akan bertanya soalan sedemikian atau membuatkan maruah Shuib tercalar. “Hal ni bukannya sesuatu yang tak sensitif atau saya nak menjatuhkan maruah Shuib dengan bertanyakan soalan seperti itu.”

“Kalau saya tanya soalan macam tu jika baru pemergian Siti Sarah dalam seminggu, memanglah tak elok. Ini dah 10 bulan, dan Shuib pun dah setuju tentang soalan itu.” “Lepas kami habis sampaikan anugerah, kami berdua siap lepak bersama dan bergurau di belakang pentas. Tak ada apa pun tetapi biasalah, warganet akan cari benda untuk dibualkan di laman media sosial.” Datuk Rosyam Nor juga meminta semua pihak untuk tidak terus membuat andaian serta k0men yang kurang enak berkenaan hal itu lagi, itulah komennya kepada Gempak dan juga Kosmo. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : Gempak, Kosmo!Online