Ramai yang nantikan saat ni, akhirnya Elisya Sandha dah selamat lahirkan anak perempuan

Pelakon, Nur Elisya Sandha selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulungnya beberapa jam yang lepas di salah sebuah hospital swasta di ibu negara. Berita gembira ini dikongsi oleh ibu mentuanya, pengarah dan juga pelakon iaitu Sheila Rusly menerusi laman instagram. Sheila Rusly atau mesra disapa Sis Sheila memuatnaik video berdurasi kurang 3 minit itu memaparkan jari comel cucu sulungnya itu. Dalam pada itu, Suami Elisya Sandha, Uzair Haqimy sempat membuat ucapan buat isteri tercinta. “Dalam banyak banyak jasa I kepada you selama ni, dan selamanya. Tidak akan pernah dapat I tanding kan dengan jasa you yang ini sayang.” “I admire the strength you have sayang. You’re such a strong person. What a mother you are” Rata-rata rakan selebriti dan wargamaya tak putus-putus mengucapkan tahniah buat keluarga selebriti ini.

Dalam masa yang sama komen dari kakak Elisya, Fasha Sandha yang juga pelakon popular menarik perhatian ramai. Congratulations, Syukur alhamdulillah baby Bunga Cantik dan Sihat Sebelum ini, nama bayi ini masih belum diumumkan oleh pihak Elisya Sandha, hanya ‘hint’ sahaja yang diberikan iaitu Baby B. Tahniah Diucapkan buat Nur Elisya Sandha dan seluruh ahli keluarga atas kehadiran ahli keluarga baru. Selamat berpantang! Sumber, pa ma

Lebih Kurang 2 Minggu Lagi Nak Bersalin, Ramai Yang Teruja Bila Elisya Sandha Umumkan Jantina Anak

Pelakon, Elisya Sandha, 23, yang dijangka bersalin pada 16 Jun ini bakal dikurniakan bayi perempuan. Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan berkata, sepanjang tempoh keh4milan dia sudah mempersiapkan diri dengan membaca buku mengenai keibubapaan dan penyusuan ibu. “Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena menjalani proses operasi saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat. “Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan kebimbangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami ‘go with flow’ saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang. “Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak menjadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Elisya dan suami, Uzair Haqimy, 26, mengadakan majlis ‘baby shower’ seterusnya memperkenalkan jantina bayi dalam kandungan di sebuah hotel, di sini, hari ini. Sementara itu, Haq yang juga anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly berkata, dia sudah bersedia menjadi bapa selain berasa gementar. “Perasaan sekarang adalah gementar sikit sebab saya tahu situasi yang bakal dilalui isteri, bertarung nyawa dan akan banyak cairan merah. “Bapa saya sendiri pun sudah pesan kena ada di sisi isteri ketika dia bersalin. Dia cakap, kalau ada niat buruk saya kena ingat semula pengorbanan isteri bertarung nywa ketika bersalin. Dalam masa sama saya sudah bersedia menjadi bapa,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, HM

Sah Hamil Tujuh Bulan, Elisya Sandha Tampil Kongsi Kenangan Suami Menangis Kegembiraan. Elisya berkongsi video dia membuat kejutan tentang berita kehamilan. Lapan bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Elisya Sandha berkongsi berita gembira dirinya kini hamil tujuh bulan. Elisya turut berkongsi saat manis ketika membuat kejutan tentang kehamilannya kepada suami, ibu dan ibu mentuanya, penerbit Sheila Rusly. Menerusi video itu, kelihatan kesemua ahli keluarga dan suami menangis kegembiraan selepas mengetahui bakal menerima ahli keluarga baharu.

“Alhamdulillah… bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Video ini sangat bermakna, momen terindah dalam hidup. Kepada sesiapa yang membaca mohon luangkan masa berdoa untuk saya dan anak sulung saya. Saya juga mendoakan semua wanita mendapat pengalaman sama seperti ini,” ujarnya. Meninjau pada ruangan komen, peminat dan rakan artis tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan berdoa agar urusan kehamilan pelakon drama My Hantaran itu dipermudahkan. “Kenapa saya juga nak menangis… Tahniah cantik. Semoga dipermudahkan urusan melahirkan nanti. Tahniah Elisya sayang. Semoga yang baik-baik untuk awak dan bayi,” komen beberapa rakan artis. Video, klik link

Kakak kepada Elisya iaitu pelakon Fasha Sandha turut berkongsi video sama dengan ucapan tahniah buat adiknya. Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha, 22, mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy yang juga merupakan anak kepada pelakon Sheila Rusly pada 21 Ogos tahun lalu. Sumber, Mstar. Pelakon Elisya Sandha, 21, sah bergelar isteri kepada pengurus produksi, Uzair Haqimy, 25, dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, di sini, jam 3.11 petang ini. Pasangan mempelai yang menjalinkan hubungan cinta sejak lima tahun lalu itu bernikah dengan berwali bapa pengantin perempuan, Mohd Faisal Abdullah. Dalam majlis serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222.22. Elisya berkata, mengikut perancangan, majlis sepatutnya berlangsung pada 22 Februari, tahun depan.

“Sejujurnya, perancangan berkahwin hari ini diputuskan pada saat akhir. Saya dan suami terus melakukan persiapan perkahwinan serba sederhana apabila mendapat tarikh pernikahan, kira-kira dua minggu lalu. Kami mahu mempercepatkan majlis pernikahan berikutan situasi pandemik CVDI9 yang tidak menentu. Jadi, kami laksanakan apa yang wajib dahulu. Insya-Allah, kami merancang mengadakan majlis keraian di kampung halaman di Perlis. Cuma, tarikhnya belum ditetapkan lagi,” katanya. Mengulas mengenai suaminya, Elisya menyifatkan anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly sangat bertanggungjawab. “Paling utama, saya tertarik sikap suami yang mengambil berat dan menyayangi keluarganya. Inilah ciri-ciri yang dilihat menjadi jaminan suami boleh menjaga saya dengan baik. Kami sudah lama berkawan dan mengharungi pelbagai ujian bersama sejak saling kenal di bangku sekolah lagi,” katanya.

Mengulas perancangan selepas mendirikan rumah tangga, pelakon drama Pujaan Hati Kanda dan Nasi Kerabu Untuk Cik Abe itu berkata, suami sudah membeli kediaman sebagai persediaan berumah tangga. “Cuma, buat masa ini, kami mahu meluangkan masa dengan keluarga. Lepas ini, barulah fikir berpindah ke rumah berkenaan,” katanya. Sementara itu, Uzair berkata, dia menyenangi keperibadian isterinya. “Elisya cukup menenangkan hati. Kami saling melengkapi diri antara satu sama lain. Ini fasa baharu dalam kehidupan kami. Kini, kami perlu lebih serius memikirkan soal tanggungjawab. Semoga perjalanan hidup kami dipermudahkan,” kata Uzair. Elisya yang anggun mengenakan persalinan rekaan Teh Firdaus dan solekan oleh Datuk Alha Alfa menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima oleh pihak pengantin lelaki. Majlis akad nikah itu dipancarkan secara langsung menerusi aplikasi Zoom membabitkan adik-beradik, sanak saudara dan rakan rapat, petang ini. Terdahulu, Elisya dan Uzair bertunang pada majlis sederhana dihadiri 15 tetamu di kediaman kakaknya yang juga aktres popular, Fasha Sandha di Ampang pada 31 Januari lalu. Sumber, BH Online