Fazura tayang hadiah dari Fattah Amin, tapi ada pula warganet yang petik nama Lofa

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila selebriti popular Neelofa menerima kejutan hadiah rantai tangan jenama mewah LV daripada suaminya, PU Riz. Terbaru, giliran pelakon Fazura pula memuat naik gambar di Insta Story apabila suaminya,, Fattah Amin menghadiahkan barangan jenama mewah, Chanel. Menerusi entri itu, Fazura turut menitipkan rasa sayang serta mengucapkan terima kasih buat suaminya serta mendoakan agar dilimpahkan rezeki. Sementara itu, di media sosial rata-rata warganet membandingkan Fazura dan Neelofa. Malah, warganet mendakwa berlawan-lawan nak menunjuk suami siapa paling terbaik. Tidak kurang juga, ada yang memberikan komen sindiran untuk melihat hadiah apa diterima diterima kedua mereka selepas ini. Dalam pada itu, ada yang melihat perkongsian mereka itu sesuatu yang positif dimana sangat bertuah kedua mereka dikurniakan suami yang pandai menghargai.

Terdahulu Neelofa Dapat Hadiah Mewah Dari Suami, Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal Neelofa membuat perkongsian bersama peminat di TikTok apabila dia menerima seutas gelang tangan berjenama mewah daripada suaminya Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz pada Jumaat lalu. PU Riz Beri Kejutan Selepas Pulang Dari Solat Jumaat. Menerusi video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok, Neelofa mengakui bahawa ini bukanlah kali pertama suaminya membuat kejutan untuknya. “Kisah hari ni, suami balik dari solat Jumaat bawak balik hadiah. Terkejut terharu happy syukur dan semua perasaan yang baik-baik. Alhamdulillah.

Sebenarnya ini kali pertama pak ustad beli bawak balik suprie hadiah..Dan Lofa suka tengok video-video bila suami bagi hadiah kat isteri. Doakan keberkatan rumah tangga kami.”-Kongsi Neelofa Namun, apa yang jadi perhatian adalah komen dari para isteri yang turut berkongsi pengalaman suami mereka apabila pulang dari solat Jumaat. “Lakiku bawa balik pulut durian. Ok lah memang fav durian. Syukur.” “Suami saya asal keluar dari rumah tak kira la pergi buang sampah ke mesti beli something kat saya. Beli jajan, aiskrim, air tin rasa macam budak-budak plak. I very appreciate it.” “Rezeki kan tak sangka harini neelofa mana tau kejap lagi i pulak.”

Sumber, murai.my