Perkongsian terkini di Instagram milik usahawan dan selebriti, Noor Neelofa mencuri perhatian ramai apabila timbul dakwaan yang mengatakan dia kini sedang hamil anak ketiga. Menerusi hantaran tersebut, Neelofa, 37, memuat naik beberapa foto bagi mempromosikan minuman berperisa pisang jenama miliknya yang bakal dilancarkan semula selepas beberapa tahun tidak berada di pasaran. Bagaimanapun, tumpuan netizen bukan terarah kepada… Continue reading Muat naik gambar promosikan susu pisang, tapi ada pula yang perasan baby bump Neelofa
Tag: Neelofa
Ibu Neelofa jual Nasi ayam dengan harga RM26 sebekas, tapi ramai yang puji sedap dan berbaloi dengan harga
Usahawan, Datin Noor Kartini kini sibuk menguruskan perniagaan nasi ayam air tangannya sendiri yang dijual pada harga RM26 sebekas. Menerusi beberapa perkongsian di Instagram, Kartini dilihat tekun menyiapkan tempahan pelanggan yang mencecah hampir ratusan bungkus setiap hari. Walaupun ada segelintir netizen berpendapat harga dikenakan agak mahal, namun ramai pelanggan yang sudah mencuba hidangan tersebut mengakui berbaloi dengan… Continue reading Ibu Neelofa jual Nasi ayam dengan harga RM26 sebekas, tapi ramai yang puji sedap dan berbaloi dengan harga
Banyak perubahan positif dalam kehidupan sejak dah berumah tangga, Warganet puji Neelofa sebab bijak dalam memilih pasangan hidup
Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila dilihat melalui perubahan positif dalam kehidupannya sejak mendirikan rumah tangga. Menerusi satu komen di Threads, segelintir individu meluahkan pandangan bahawa Neelofa kini dilihat semakin jelas dalam menentukan hala tuju hidupnya. Apatah lagi, kehidupannya kini dibimbing oleh suami yang sangat mendalami ajaran Islam. “Saya bukan peminat atau… Continue reading Banyak perubahan positif dalam kehidupan sejak dah berumah tangga, Warganet puji Neelofa sebab bijak dalam memilih pasangan hidup
Harga mencecah RM1k, warganet tampil pertikaikan harga tiket majlis ilmu Neelofa
Pasangan selebriti Neelofa dan PU riz sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial berhubung isu kadar bayaran kelas agama yang dianjurkan. Menerusi hantaran di Threads, seorang individu tampil mempersoalkan harga tiket bagi program berunsur agama tersebut yang didakwa agak tinggi kerana mencecah lebih RM900. “Tiket talk Neelofa sampai RM 1000? Siapa yang… Continue reading Harga mencecah RM1k, warganet tampil pertikaikan harga tiket majlis ilmu Neelofa
Menegur bukan sekadar pilihan, teruk kena kritik Pu Riz jelaskan isu tegur adik ipar
Pendakwah bebas, PU Riz berkongsi pandangannya mengenai isu menegur ahli keluarga dalam sesi podcast popular ‘Sembang Seram’ yang dikendalikan oleh Safwan Nazri. Dalam perbincangan itu, dia menekankan bahawa menegur bukan sekadar pilihan, tetapi satu tanggungjawab dalam Islam terutama apabila kemungkaran berlaku di kalangan ahli keluarga terdekat. Klik sini untuk lihat video. “Secara umum, bila kemungkaran… Continue reading Menegur bukan sekadar pilihan, teruk kena kritik Pu Riz jelaskan isu tegur adik ipar
Pilih untuk hidup tenang selepas menjadi isteri, Neelofa akui bukan mudah untuk tinggalkan dunia glamor
Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi perjalanan transformasi hidupnya selepas mendirikan rumah tangga, termasuk keputusan beralih daripada dunia glamor kepada kehidupan yang lebih sederhana dan tenang. Menerusi perkongsiannya di podcast Ruang Cerita Zayan, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 37, mengakui bukan mudah untuk meninggalkan kehidupan yang sebelum ini sentiasa menjadi perhatian ramai. “Untuk switch pada kehidupan berkahwin dan… Continue reading Pilih untuk hidup tenang selepas menjadi isteri, Neelofa akui bukan mudah untuk tinggalkan dunia glamor
Tekan buku audio suruh pilihan secara berulang, Neelofa kongsikan detik pertama tahu anak cintai Al Quran
Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa menyifatkan momen apabila anaknya mula menyambung kalimah Al-Quran sebagai detik paling indah dalam kehidupannya sepanjang bergelar ibu. Menerusi perkongsian di TikTok, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkata dirinya dan suami, pendakwah bebas Haris Ismail, tidak berbeza dengan ibu bapa lain yang berusaha mendidik anak-anak dengan cara… Continue reading Tekan buku audio suruh pilihan secara berulang, Neelofa kongsikan detik pertama tahu anak cintai Al Quran
Pu Riz dedah Neelofa pernah hilang kontrak jutaan ringgit lepas berniqab, tapi lepas beberapa tahun syarikat tersebut rayu dengan tawaran berganda
Pendakwah bebas dan juga suami kepada Neelofa iaitu Haris Ismail atau lebih dikenali PU Riz mendedahkan bahawa isterinya pernah kehilangan kontrak bernilai jutaan ringgit hanya kerana memilih untuk memakai niqab. Menurut PU Riz, sebuah syarikat besar dari Perancis yang menjual produk penjagaan wajah membatalkan kerjasama bersama Neelofa selepas dia mula mengenakan niqab. Klik sini untuk… Continue reading Pu Riz dedah Neelofa pernah hilang kontrak jutaan ringgit lepas berniqab, tapi lepas beberapa tahun syarikat tersebut rayu dengan tawaran berganda
Ada sesetengah perkara tak perlu dijawab, Neelofa akui tak mahu ulas tentang hubungan Ameera Khan dan Jefri Nichol
Selebriti popular, Neelofa, 36, enggan mengulas lanjut mengenai hubungan adiknya, Ameera Khan, 24, dengan pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol, 26, yang hangat diperkatakan warganet ketika ini. Menurut laporan Harian Metro, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, sebarang kenyataannya berhubung perkara itu dibimbangi hanya akan mengundang lebih banyak reaksi negatif di media sosial.… Continue reading Ada sesetengah perkara tak perlu dijawab, Neelofa akui tak mahu ulas tentang hubungan Ameera Khan dan Jefri Nichol
Walaupun macam kawan tapi batas hormat tetap ada, Neelofa beri nasihat supaya isteri kena letak suami di tempat tertinggi
Usahawan dan selebriti popular, Neelofa, tampil berkongsi pandangan serta memberi nasihat berhubung peranan isteri dalam rumah tangga. Menerusi podcast The Grow and Glow, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor menegaskan seorang isteri perlu meletakkan suami pada kedudukan paling utama dalam kehidupannya. “Bila isteri letakkan suami di tempat yang sepatutnya, barulah mudah untuk dia faham… Continue reading Walaupun macam kawan tapi batas hormat tetap ada, Neelofa beri nasihat supaya isteri kena letak suami di tempat tertinggi