Kini kembangkan perniagaan ke selatan tanah air, Mili Jirin syukur atas pemberianNya

Umum lagi kiata ketahui dengan penyanyi ini. Usahawan selebriti, Mila Jirin syukur nikmat selepas sukses kini melebarkan sayap perniagaan perancang perkahwinan dan katering miliknya di selatan tanah air, Iskandar Puteri, Johor. Selain menyifatkan ia satu kejayaan, Mila atau nama lengkapnya Noorsyarmilla Jirin menyatakan rasa syukur apabila perniagaannya kini semakin berkembang maju. “Alhamdulillah… Dengan izin ALLAH, projek BIZMILLA (2 Banquet Hall) di Eco Galleria, Iskandar Puteri SIAP dan SYUKUR semua urusan dipermudahkan oleh Allah,” tulisnya di Instagram.

Meski telah berjaya, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini bagaimanapun memberitahu ia bukan satu hal yang mudah untuk dikecapi. “Tak ada pekerjaan yang MUDAH tetapi dengan Izin Allah yang maha Kuasa, Insya Allah. Allah bantu untuk mudahkan urusan pekerjaan kita. #Alhamdulillah TAHNIAH team #Bizmilla @isz_mustapha @bizmilla_wedding_centre,” tulisnya lagi. Selain di Johor, Mila turut kembangkan lagi perniagaannya di Putrajaya. Sumber media hiburan

Sudah Sedekad Lebih Berniaga, Mila Jirin Ucap Rasa Syukur Kini Miliki Enam Buah Lori Sendiri. Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin menzahirkan rasa syukur selapas impiannya untuk memiliki lori sendiri akhirnya menjadi kenyataan. Menurut Mila, dia sebenarnya telah menyimpan hasrat tersebut sejak pertama kali menceburi bidang bisnes sejak lebih sedekad yang lalu. “12 tahun lepas, waktu baru mula berniaga dalam industri makanan, memang kerap sangat sewa lori. Selalu berangan nak beli lori sendiri. “Tengok company orang ada lori mesti dalam hati berdoa satu hari nak beli lori. Tengok lori lalu sebelah kereta, mesti cakap pada encik suami, ‘Kita akan beli lori’,” tulisnya. Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Persis Mutiara itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Katanya lagi, berkat usaha kerasnya selama ini, dia telah berjaya mempunyai enam buah lori miliknya sendiri. “Alhamdulillah bukan hanya satu lori Allah bagi tapi dah masuk enam biji lori. Nikmat Allah manakah yang kita dustakan?,” kongsinya. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan semoga Mila akan terus sukses lagi pada masa akan datang. “Berangan je apa-apa nak dulu. Nanti lambat laun InsyaAllah dapat.

Kata warganet lagi “Selalu berangan nak jadi macam Mila and team. Semoga terus sukses ya. “Mempunyai bidang bisnes yang sama, saya harap satu hari nanti dapat menjadi seperti bizmilla. Semoga terus sukses. “Terinspirasi betul dengan Mila ni. “Tahniah Mila, adore sangat,” antara komen-komen warganet di Instagram. Sekadar informasi, Mila kini aktif menjalankan bisnes perancang perkahwinan dan katering. Sumber, media hiburan

Rintihan pilu dan sayu Mila Jirin

Kuala Lumpur: Penyanyi, Mila Jirin meluahkan kesedihannya dan memuat nak video menangis apabila diberitakan mengenai desas-desus perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam hantarannya di Instagram, Mila menegaskan bahawa kesedihannya itu adalah kerana mengenangkan jasa dan bantuan perdana menteri kepadanya. “Aku tak tahu kenapa aku sedih. Aku tak pernah pun sedih kalau perdana menteri nak letak jawatan sebelum ini. “Tapi mungkin, Sebab dia bantu aku. Dia bantu aku,” katanya dalam nada teresak-esak.

Dalam hantaran sama, Mila juga memohon doa daripada Allah supaya memudahkan urusan rakyat Malaysia melawan Covid-19. “Insya-Allah, aku doa sangat, moga Allah mudahkan urusan semua orang di Malaysia. Insya-Allah, angkatlah Covid-19 ini jauh-jauh ya Allah.  “Insya-Allah, kita bergantung harap kepada Allah. Allah ada. Minta maaf kawan-kawan. Teremosi pula,” katanya. Video itu sehingga kini ditonton lebih 126,000 tontonan dan menerima lebih 300 komen daripada pengikutnya di platform media sosial itu. Sumber, harian metro