Sebak Nora Ariffin kongsi berita mendukacitakan, rupanya baru kehilangan orang yang tersayang

Penyanyi Datuk Nora Ariffin memaklumkan abangnya, Dato Wan Suhaimi telah pergi menghadap illahi kira-kira jam 11.50 malam Selasa. Berita mendukacitakan itu dimaklumkan sendiri penyanyi Hanya Satu ini menerusi hantaran terkini di Instagram. Sambil memuat naik foto kenangan bersama abang, Nora menyifatkan abangnya sebagai abang yang baik. “Saya nak maklumkan kepada saudara-mara atau pun kenalan-kenalan yang mengenali abang saya, Dato Wan Suhaimi atau pun orang panggil Abang Mie baru sahaja menghembuskan nafas terakhir setelah lama juga dia sakit. “Sekarang baru sahaja lima minit, 11.50 malam (Selasa) dia pun telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Kota Bharu.

“Saya mohon pada semua yang mengenali beliau agar mendoakan, ampunkan segala dosa, halalkan segala hutang… doakanlah abang saya. Dia abang saya yang paling baik,” katanya sebak menerusi video yang dikongsikan. Sementara itu pada ruangan kapsyen di hantaran sama, Nora turut akui arwah sebagai abang penyayang yang sentiasa menyokong kerjaya seninya. “Saya ingin maklumkan bahawa abang saya, Dato Wan Suhaimi baru saja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di hospital Kota Bharu. Mohon doakan, diampuni dosa-dosa dia dan ditempakan bersama orang beriman.

“Dia adalah satu satunya abang yang paling baik dan sangat penyayang dengan saya serta selalu support kerjaya saya. “Kesihatan abang Mie mula terganggu semenjak pemergian isterinya yang tercinta. Al fatihah. Ja (Nora) sayang abang Mie, tapi tuhan lebih menyayangi dia,” tulis Nora. Peminat dah rakan selebriti turut tinggalkan ucapan takziah serta mengucapkan al-Fatihah atas pemergiaan abang tersayang di ruangan komen. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, IG Nora. PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.