Sering jadikan madu dalam diet seharian, Ketahui kesan buruk pada badan jika diambil secara berlebihan

Umum lagi kita ketahui banyak khasiat madu yang tidak dapat kita dinafikan. Manfaat madu dalam aspek kesihatan memang tidak dapat diragukan. Selain dijadikan alternatif kepada penggunaan gula, cairan manis yang terhasil daripada produksi lebah itu turut mengandungi pelbagai khasiat termasuk vitamin B kompleks dan vitamin A serta tinggi kandungan antioksidan. Namun ia juga memberi beberapa kesan sampingan kepada tubuh jika ‘disalahgunakan’. Oleh itu, cuba mengambilnya secara sederhana!

Paras gula dalam dr4h

Madu adalah pengganti gula yang lebih sihat, tetapi ia tidak menyatakan bebas daripada kandungan gula. Karbohidrat juga terdapat dalam pemanis semulajadi ini dan ia berpotensi untuk meningkatkan paras gula drh. Penghidap diabetes harus menggunakannya dengan berhati-hati dan berjumpa doktor sebelum memasukkannya ke dalam diet mereka.

Kekejangan perut

Pengambilan madu terlalu banyak secara konsisten boleh menyebabkan kekejangan pada perut. Satu-satunya cara untuk menghilangkan masalah gastrik ini adalah dengan menyingkirkan kesemua madu dalam sistem badan. Jadi, jika mengambil madu setiap hari, jangan berlebihan!

Sembelit

Sembelit adalah satu lagi kesan buruk daripada pengambilan terlalu banyak madu dan cara terbaik untuk mengelakkannya adalah dengan mematuhi jumlah yang disyorkan.Penggunaan madu dihadkan kepada maksimum 10 sudu teh sehari. Apa-apa yang lebih daripada itu boleh menyebabkan sembelit.

Pertambahan berat badan

Madu lazimnya disukai oleh orang yang cuba menurunkan berat badan.Bagaimanapun, bagi tujuan tersebut, madu perlu sentiasa dimakan dengan air suam atau jus lemon. Pertambahan berat badan boleh disebabkan oleh makan terlalu banyak madu atau mengambil madu tanpa mencampurkannya dengan air atau jus lemon.

Memudaratkan gigi

Madu tidak sihat untuk kebersihan gigi jika anda mengambilnya terlalu banyak. Ini kerana, madu akan menghakis enamel gigi dan menjadikannya lebih lemah. Ia juga menyebabkan perubahan warna pada gigi yang menjadikannya tidak menarik. Madu bersifat sedikit berasid, yang boleh meningkatkan risiko kaviti gigi. Sumber, mstar