PENGARAH dan pelakon filem “35mm”, Syahmi Sazli mendedahkan alasan utama dirinya memilih tema pengembaraan ke masa lampau menerusi filem arahannya itu. Menurut Syahmi, antara sebab tema berkenaan dipilih adalah kerana keinginan untuk mengimbau masa lampau dan sekali gus mengangkat kenangan-kenangan lalu menerusi layar lebar “Idea penghasilan filem ini datang daripada saya sendiri. Kenapa saya pilih idea kembara ke masa lampau? Sebab ada antara kita tak sempat lalui era dahulu, seperti zaman British dan Jepun. “Zaman 90-an pun saya sempat lalui tetapi ketika itu saya masih kecil. “Justeru, saya berharap agar penghasilan filem ini dapat membawa kita menelusuri kenangan lama yang kita tidak boleh lalui kembali,” katanya.
Filem ini menampilkan barisan pelakon dalam filem terdahulu seperti Asif Suhaimi, Yoe Parey dan Syahmi sendiri. “35mm” mengisahkan tiga sahabat — Syahmi, Asif dan Yoe — yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. “Salam semua.. Mi dapat tahu ramai yg tk dapat nk langgan lagi filem “35MM” dkt Astro First.. Ada yg cakap dorang try langgan filem lain, boleh pulak.. Jadi, Mi nk minta maaf dan mi dah call minta penjelasan dari pihak Astro. Diorang ckp traffic jem untuk filem 35MM. Diorang ckp nanti kejap lagi cuba try pula. Untuk yg dah langgan dan dah tarik bayaran tapi tk keluar siaran lagi, jgn risau nanti akan keluar siaran” kongsi Syahmi. Lagi Berita gembira di kongsi oleh Syahmi. “Alhamdulillah! Baru dapat berita dari Astro yg filem 35MM menjadi “No. 1 Local Film With The Highest Opening of 2022”. Kita nantikan posting rasmi kejap lagi”
Berikut beberapa ulasan jujur mengenai filem kedua Syahmi
“Pengarah Syahmi Sazli Production adalah pengkarya yang berada dalam universenya tersendiri , berdiri atas usaha dan pelakon2 yang dia naikkan sendiri tanpa menggunakan artis arus perdana sebagai tunjang utama. Yang membezakan Syahmi dengan player industri , dia sangat dekat dgn peminat atau followernya , dia membawa diri hingga ramai yang merasakan mereka adalah kawan n sebahagian dari syahmi hingga tidak terasa jurang antara mereka , pendekatan yang sama seperti Abg Mamat Khalid. Itu adalah resipi kejayaan Syahmi yg mbuatkan followernya terus menyokongnya , karya movie terbaru Syahmi 35MM dan posternya juga mendapat sentuhan aku untuk kali kedua selepas Mael Totey , thanks for da trust. Seorang pengarah yang tahu apa dia nak dan apa yang perlu dia sediakan untuk aku buat poster bagi melancarkan proses yang memakan masa 2 hari , info cukup , barang cukup , aku senang buat kerja hihihi
35MM sekarang di Astro first , bole langgan untuk menonton kisah pengembaraan 3 anak muda ke 5 zaman… Time travel. 35MM karya Syahmi Sazli Syahmi Sazli Production. In Shaa Allah, review ini tiada spoiler. Malam ni berpeluang melanggan dan menonton karya baru Syahmi iaitu 35MM di Astro. Sebuah karya unik yang cuba digarap oleh beliau. Secara jujurnya, diawal penceritaan agak perlahan. Dan disebabkan filem ini memaparkan dimensi rentas masa di pelbagai zaman yang berbeza, ada antara dimensi zaman tersebut tidak diperlukan (dimensi zaman yang pertama) kerana tidak nampak relevannya hubungan scene itu dengan keseluruhan cerita tersebut. Walaupun begitu, selepas bahagian pertama yang tidak relevan, cerita mula menampilkan trend penceritaan yang menarik yang berkaitan antara satu sama lain. Hubungan antara 3 zaman yang berbeza yang dirangkum dalam penceritaan yang agak unik dan mudah difahami penceritaannya.
Penerapan semangat patriotik dan perjuangan bangsa juga diangkat dengan cukup jelas. Ketiga tiga bahagian ini memang relevan tidak sebagaimana bahagian pertama. Tetapi, klimaks filem ini adalah di bahagian terakhir. Syahmi dan pihak produksi berjaya bermain dengan perasaan saya apabila mengetengahkan zaman kita membesar. Terus terimbau kembali zaman saya kecil dan setiap detail yang diberi, bagi saya cukup tepat. Bahagian akhir ini menyentuh isu keluarga, dan dilema kasih sayang serta rindu seorang anak terhadap ibubapanya yang telah tiada. Tindakan tak terjangka Yoe, telah mengubah landskap realiti di zaman yang sebenar. Bahagian ini sebenarnya sudah menuju ke sebuah penceritaan yang kompleks dan berat.
Bukan senang untuk menghurai kejadian yang melibatkan peristiwa rentas masa yang akhirnya menganggu aliran zaman yang sebenar, macam cerita Dr Strange yang bermain dengan Multiverse. Saya cuma harap, sambungan filem ini nanti berjaya merungkai setiap peristiwa yang memberi kesan terhadap satu zaman yang telah dirubah peristiwa asalnya. Menyentuh pula peranan watak, kesemua watak utama memainkan peranan yang cukup baik. Mi, Asif dan Yoe dilihat lebih santai dan natural berbanding filem sebelumnya. Lawak yang dimasukkan juga tidak melebih lebih dan cukup bersahaja. Walaupun begitu, ada watak sampingan yang bagi saya “over” seperti Mejar Jepun. Cara percakapannya sangatlah annoying dan kita tahu orang Jepun bukan begitu caranya.
Filem ini juga banyak menggunakan kesan CGI. Kualiti CGI yang dipaparkan adalah sederhana dan tidaklah buruk. Boleh dipuji. Musik dan suara juga kemas. Kesimpulan, awal cerita agak perlahan dan sejujurnya bosan. Menjelang pertengahan, cerita berkembang dengan baik dan menarik. Dan pengakhiran filem ini tinggalkan kita dengan pelbagai persoalan yang saya pasti akan menjadi projek Syahmi yang seterusnya. Syahmi telah tinggalkan kita seribu satu persoalan yang menarik untuk kita bahas dan saksikan kesudahannya. Tahniah Syahmi dan seluruh pihak produksi. Saya puas hati dan suka dengan hasil kerja kalian yang ada kelainan. Rating: 7/10.
Yoe Parey dan Asif Suhaimi mahu berlakon dengan Syahmi Sazli saja
Petaling Jaya, Walaupun ditawarkan bayaran tinggi oleh syarikat produksi lain, pelakon istimewa iaitu Yoe Parey dan Asif Suhaimi tetap enggan menerima tawaran itu kerana hanya mahu berlakon dengan produksi milik Syahmi Sazli saja. Syahmi yang juga individu bertanggungjawab mencungkil bakat Yoe dan Asif dalam drama pendek di YouTube kini tampil dengan filem berjudul 35mm lakonan dua pelakon dari Kelantan itu. Yoe ketika ditemui berkata, ada penerbit lain pernah datang ke rumah memujuknya berlakon, tetapi dia menolaknya. “Kami selesa berlakon dengan Syahmi sebab dah bertahun kenal dia. Kalau orang lain tanya, saya senyap terus. Bayaran bukanlah persoalan utama kerana kami berlakon disebabkan minat. Syahmi sangat baik dengan kami,” katanya.
Yoe dan Asif dipopularkan Syahmi menerusi drama pendek di YouTube sebelum diangkat menjadi bintang utama filem Mael Totey The Movie yang berjaya mengutip lebih RM6.4 juta sepanjang ditayangkan di Astro First sejak 22 Oktober tahun lalu. 35mm arahan bersama Syahmi dan SeniBayan yang diterbitkan Nine Flix Production. Filem genre pengembaraan, fantasi dan komedi itu ditayangkan di Astro First bermula hari ini. Yoe berkata, dia teruja, seronok dan bersemangat untuk tampil dengan filem ini dan berharap ia mendapat sambutan sama seperti Mael Totey The Movie. “Saya juga harap filem ini disambung sebab saya suka menjayakannya. Walaupun penat, saya tetap jalan. Ketika penggambaran saya berdepan masalah angin pasang sehingga terpaksa menjalani operasi dan berehat hampir sebulan tapi saya tetap bersemangat menghabiskannya,” katanya. Sementara itu, Asif yang bergelar Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, turut mengharapkan filem ini mendapat sambutan hebat bukan saja peminat dari Kelantan tetapi juga dari seluruh negara. kredit, kuku besi, nada pokok