Warganet risau dengan nasib 40 ekor kucing Adibah Noor, Sekali ini yang jadi buat ramai terharu

Umum mengetahui selain berbakat besar dalam bidang seni sebagai penyanyi, pelakon dan pengcara, Adibah Noor juga merupakan seorang pencinta kucing. Arwah sangat menyayangi kucing sehinggakan dia sendiri memiliki lebih 40 ekor kucing di rumahnya. Malah, atas sebab terlalu menyayangi haiwan itu membuatkan arwah tidak berkira untuk menghabiskan wangnya demi keperluan kucing kesayangannya. Posting seorang pelayar Facebook yang risau akan kebajikan kucing milik arwah.
Susulan pemergian penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini, banyak pihak mula menyuarakan kebimbangan mereka terhadap nasib semua kucing peliharaan Adibah.

Perkara ini kemudian menjentik hati seorangpenjaga sebuah rumah perlindungan haiwan, Hashman Don untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga kucing-kucing milik arwah. Dalam satu perkongsian oleh Hashman di Facebook Rumah Amanah (Anugerah Mahligai Arah Nasib Haiwan), dia menyuarakan kesediannya untuk menjaga semua kucing peliharaan Adibah sekiranya tiada pihak mahu membelanya. “Tiada masalah jika kucing-kucing arwah lebih 40 ekor nak berteduh di Rumah Amanah, Hulu Langat di Selangor,” ujarnya dalam satu posting di Facebook.

Katanya yang sudah lebih tiga tahun mengendalikan rumah tumpangan kucing, salah satu syarat wajib untuk pihaknya memikul tanggungjawab itu ialah kematian pemilik haiwan peliharaan berkenaan. Bukan itu sahaja, menurut Hashman lagi, dia menyatakan bahawa tiada sebarang cas atau bayaran akan dikenakan demi menanggung anak-anak bulus tersebut jika tiada waris yang datang menutut hak penjagaan.

Katanya lagi “Warisnya bolehlah PM (private message) saya. Tak perlu bayar apa-apa dan tak perlu bagi makanan kucing-kucing itu setiap bulan. “Malah setiap hari Ahad daripada pukul 2.30 petang hingga 6.30 petang adalah hari melawat. Terbuka kepada umum,” tulis Hashman. Kenyataan yang dibuat menerusi page Anugerah Mahligai Arah Nasib Abadi Haiwan itu telah menerima lebih 3,000 perkongsian semula.

Hashman enggan menerima sebarang bantuan untuk menjaga anak-anak bulus.
Menjengah ke ruangan komen, para warga maya bermurah hati ingin membantu dan menghulurkan sumbangan kepada Rumah Amanah. Namun, semakan mStar mendapati Hashman tidak memerlukan sebarang pertolongan buat masa sekarang. Warganet yang tersentuh dengan kenyataan ini telah berterima kasih kepada lelaki berhati mulia yang sanggup menawarkan diri menguruskan kucing-kucing arwah dengan jumlah banyak ini. “Moga dipermudahkan segala urusan tuan. Terima kasih. Masa dapat berita ni, perkara pertama terlintas, macam manalah nasib kucing-kucing arwah.

Antara komen beberapa warganet

Katanya “Alhamdulillah terima kasih tuan. Inilah yang saya terpikir tadi setelah mendengar pemergian arwah kerahmatullah. Macam manalah kucing-kucing peliharaan arwah. “Tadi masa dapat berita kematian arwah, terus terfikir macam manalah nasib kucing arwah. Lepas tu terdetik di hati semoga Allah bukakan pintu hati owner shelter Anugerah Mahligai ambil anak-anak bulus arwah. Alhamdulillah! Semoga dipermudahkan urusan tuan sekeluarga. Amin,” antara komen beberapa pelayar di ruangan komen di Facebook.

Sementara itu menerusi perkongsian di Group Pencinta Kucing di Facebook, seorang pengguna berkongsi bahawa arwah merupakan salah seorang artis yang sangat aktif membantu dan menyelamatkan kucing jalanan. “Sejujurnya saya kurang pasti berapa banyak saya berhabis bagi membayar makanan, kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang dibela.

Sikap rendah diri Adibah wajar dicontohi – Fahmi Fadzil

Katanya lagi “Merendah diri, belajar dan jangan pernah takut untuk belajar. “Dan apa juga orang kata, dia tegas dengan pegangan prinsip. Seperti contohnya orang berkata mengenai berat badannya tapi arwah melihat ia dari sudut positif.” Demikian kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkenaan sikap Allahyarham penyanyi Adibah Noor yang patut anak seni generasi baharu pelajari. Fahmi berkata, dia dan Adibah berkawan selain bersama-sama terbabit dalam kumpulan Sahabat Centre bagi menjayakan persembahan pentas. “Arwah pernah membuat persembahan bersama Sahabat Centre, yang saya juga seorang ahli kumpulan. Setiap kali menyertai program, kami selalu bertegur sapa dan kami ramai kenalan di dalam program itu. “Dia memang sentiasa ada setiap kali terdapat program yang membabitkan seni. Bila saya menerima berita ini semalam, saya susah nak percaya sehinggalah membaca dari sumber rasmi,” katanya.

Menurut Fahmi, Adibah seorang yang sangat penyayang, disenangi dan mudah untuk berkawan. “Dia seperti tidak mahu membebankan orang lain dengan kesakitannya. Dia seorang yang sangat penyayang, disenangi dan mudah untuk berkawan. Kalau ada segelintir orang seni yang seninya tinggi, dia susah untuk didekati tapi arwah sangat senang. “Kita tengoklah macam mana rakan yang lain bercerita mengenai dia bila bekerja dengannya. Ini adalah satu kehilangan besar untuk industri seni tanah air,” katanya. Sumber, rose merah