Aaron Aziz kongsi detik cemas ketika berada di hotel Kemboja, Rupanya ini yang berlaku pada Aaron dan pasangan

Siapa tak kenal dengan pelakon lelaki popular ini. Ada yang menyatakan bahawa pihak hotel tidak mahu bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku pada bilik yang diinap oleh Aaron Aziz Pelakon, Datuk Aaron Aziz berkongsi detik cemas apabila bilik hotel yang diinap di Cambodia didatangi seekor tikus.

Kita Datang Sini Bawak Baju Dengan Dana Bukan Bawak Tikus!!

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Aaron menceritakan bahawa pihak hotel yang tidak mengakui kesalahan sempat menyatakan bahawa kehadiran tikus itu adalah berpunca daripada bagasi pakaian mereka. “Macam mana ni guys? Bilik bersih ke tak? Hotel boleh cakap datang dari luggage??!! Kita datang sini bawak baju dengan dana bukan bawak tikus!! “Dah cakap banyak kali tolong lepaskan. Hotel kata dah lepaskan. Harap-harap betul la tu.”-Tulis Aaron

Pelbagai Reaksi Warganet

Di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pendapat mereka malah ada yang menyatakan pihak hotel tidak mahu bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku pada bilik yang diinap oleh Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik. Kata warganet “Haha luggage giler orang hotel tu.”, “Kalau betul la dari luggage, ce tengok ada ke baju-baju yang koyak atau barang yang kena gigit. Tak logik la orang hotel ni.”, “Hotel tak hygienic la tu bang.” Komen warganet lagi “Hotel mana ni. Ayoo hotel pun ada tikus serammnyaa.”

Dalam pada itu, Aaron turut menjawab pertanyaan warganet yang menyatakan adakah mereka tidak dibenarkan untuk menukar bilik hotel yang baru. Jelas Aaron, mereka dapat menukar bilik yang lain setelah pulang dari sebuah kampung di Cambodia. Aaron Aziz kini berada di Cambodia untuk menjayakan projek ‘menghidupkan’ semula sebuah masjid (Masjid Nurul Yakin) yang sudah berusia lebih dari 100 tahun, malah turut meminta orang ramai yang mahu melakukan amal jariah untuk memberikan derma untuk mereka menambah baik semula masjid tersebut. Sumber, murai