Akhirnya jeritan Nadiyah Shahab panggil nama kucing berhasil, Kini Nadiyah telah jumpa kucing kesayangan setelah 4 jam

Selepas empat jam berusaha untuk mencari Fluffy, Nadiyah dan suami, Ben Ali akhirnya menemuinya di salah sebuah rumah jiran mereka. Misteri kehilangan haiwan peliharaan pelakon Nadiyah Shahab akhirnya terjawab apabila kucing diberi nama Fluffy tersebut sudah ditemui pada Sabtu. Berita gembira itu dikongsikan Nadiyah atau Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 31, menerusi sebuah video di Instagram. Dalam nada suara teresak-esak, Nadiyah nyata tidak mampu menahan rasa sebak sebaiknya menjumpai Fluffy di salah sebuah rumah jirannya. “Alhamdulillah Fluffy sudah dijumpai. Jiran kami keluar dari rumah dia dan panggil sebab dengar kita jerit-jerit panggil Fluffy di sekitar kawasan rumah.

Fluffy akhirnya ditemui selepas empat jam hilang.

Kata Nadiyah “Sudah macam orang gila kita dua tadi dengan snek kegemaran, makanan, mainan, bekas najis, tuala. Semua yang dicadangkan itu semua kita cuba. “Kecoh waktu itu apabila pegawai keselamatan bagi tahu yang Fluffy sudah dijumpai. Kita sudah masuk dua rumah jiran untuk cari dia tetapi dia ada dekat rumah jiran ketiga. “Mungkin dia sesat dan tidak tahu macam mana nak keluar rumah sebab pintu tertutup,” terangnya. Pada masa sama, Nadiyah turut berterima kasih kepada individu yang membantu bagi mencari kucing kesayangannya itu.

Dia memakai rantai leher yang mempunyai maklumat tentang kami dan mungkin saya akan memasangnya GPS lepas ini

Kata Nadiyah “Terima kasih semua yang kongsi perkongsian di media sosial, yang mendoakan dan bagi cadangan termasuk mereka yang bersimpati dengan apa berlaku. “Kami berasa sangat bersyukur dan rasa macam nyawa nak tercabut selama 4 jam. Orang yang pernah hilang kucing saja yang tahu perasaan ini,” katanya. Nadiyah juga menasihati kepada individu yang kehilangan kucing agar membaca doa khusus agar dipermudah usaha pencarian selain merancang untuk meletakkan peranti Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). “Sesiapa yang hilang kucing boleh baca doa yang dikongsikan. Fluffy juga sudah memiliki cip micro tetapi tidak memiliki GPS.

Nadiyah turut berkongsikan beberapa tip bagi membantu kucing yang hilang

Kata Nadiyah lagi “Dia memakai rantai leher yang mempunyai maklumat tentang kami dan mungkin saya akan memasangnya GPS lepas ini,” ujarnya. Sebelum ini Nadiyah dan suami, Ben Ali dilaporkan sanggup memberikan ganjaran kepada individu yang menjumpai kucing mereka. Selain Fluffy, pasangan selebriti itu turut memiliki dua kucing lain bernama Mushy dan Theo. Sumber, mstar