Doktor Bukan Singa, Doktor Tampil Beri Nasihat Buat Ibu Hamil Untuk Hadiri Janji Temu

Umum memang sudah kita ketahui bahawa ibu hamil perlu bersedia menghadiri janji temu kehamilan dengan doktor. Kaum wanita juga mengetahui proses kehamilan sangat penting bagi perempuan. Selain kesihatan diri dan kandungan, banyak perkara lain yang perlu difikirkan termasuk menguruskan keluarga dan kerjaya jika bekerja. Itu belum lagi mereka yang mengalami simptom mabuk hamil (morning sickness) yang boleh mengganggu tumpuan. Pada masa sama, bakal ibu dan ibu hamil juga perlu menghadiri janji temu di klinik dari semasa ke semasa sepanjang proses kehamilan mereka.

Selain hamil, si ibu juga mempunyai komitmen dengan anak-anak. foto IZZRAFIQ ALIAS / The Star

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Imelda Balchin berkongsi pesanan mengenai apa yang perlu dilakukan setiap kali menghadiri janji temu dengan doktor. Bawa semua ubat anda untuk ditunjukkan kepada doktor, jika ditanya oleh doktor. Jangan lupa beritahu doktor semua ubat-ubat luar, suplemen dan produk-produk yang anda beli sendiri tanpa preskripsi doktor. Jika ada diabetes ketika hamil (GDM) dan anda periksa sendiri bacaan gula, jangan lupa bawa bacaan gula anda untuk ditunjukkan kepada doktor.

Sila bawa juga semua rekod kehamilan anda daripada klinik lain, klinik kesihatan, keputusan ujian darah, laporan scan dan sebagainya bersama anda. Sila tulis siap-siap (dengan ejaan betul) semua soalan yang anda nak tanya doktor, sebelum temu janji klinik anda, sebab ramai pesakit selalu terlupa nak tanya soalan-soalan dia apabila berdepan dengan doktor.

Ibu hamil boleh senaraikan soalan sekiranya mahu bertanya doktor.

Jika anda malu nak tanya doktor, tunjukkan saja senarai soalan anda kepada doktor. Kata kat doktor, “Saya ada soalan, tapi saya malu nak tanya. Doktor boleh tak tolong terangkan soalan saya di sini.” Kalau jumpa jururawat yang tak boleh jawab soalan perubatan anda, jangan malu bertanya, “Boleh tak saya jumpa doktor untuk tanya soalan-soalan tu.” Sekurang-kurangnya anda dah buat permintaan. Tak salah pun buat permintaan. Jururawat tak boleh makan anda. Sehubungan itu, Dr Imelda menasihatkan wanita hamil supaya memberi kerjasama yang baik dengan doktor demi kebaikan diri sendiri dan kandungan.

Selanjutnya “InsyaAllah, apabila anda tolong doktor dengan membawa ubat-ubat anda dan jujur memberi semua maklumat apa lagi produk yang anda dah beli sendiri, doktor pun senang hati tak payah nak tanya pelbagai soalan kepada anda, dan Insyallah senang hati nak menjawab semua soalan-soalan anda. “Jangan takut kepada doktor. Doktor pun tak makan orang. Paling penting, tak payah tanya di media sosial. Jangan bagi peluang makcik bawang datang menyibuk nak bagi palatau kat hang. Pergi tanya doktor hang sendiri,” kata Dr Imelda menerusi hantaran di Facebook. Sumber, mstar