Elfira Loy akui tidak pernah dapat mesej melibatkan emosi, Rupanya ini soalan dari peminat itu

Siapa tak kenal dengan pelakon ini. Pelakon, Elfira Loy menjawab soalan peminat mengenai kerenah warganet sewaktu berkongsi pautan NGL (Not Gonna Lie) di Instagram. Dalam soalan itu, ada yang bertanyakan kepada Elfira adakah dia merasa tertekan atau terkesan dengan soalan atau kritikan dari warganet. “El mentioned El raji baca DM kan. So ada terkesan tak dengan soalan ke kritikan dari yang tanya tu? Macam mana El hadap isu yang selalu warganet soalkan tu.. “Kan selalu apa yang El share mesti ada isu lepas tu. Ada yang kata tak elok lah. Yang kutuk lah. Stress tak layan kerenah orang. Tips handle peel orang!.”-Soal peminat di Instagram

“Jarang Dapat DM Yang Mengancam Emosi”

Tidak hanya membiarkan soalan tidak berjawab sekali Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri kemudian menjelaskan bahawa dia jarang mendapat DM (Direct Message) yang mengancam emosinya. “Sebenarnya, dekat DM i, i jarang dapat DM yang meng4ncam emosi i. Alhamdulillah semua baik-baik. Kalau ada, i perasan memang i akan confront dan cakap dengan dia. I akan explain bagi pihak i tapi dia nak percaya tak percaya selepas tu, tu bukan tanggungjawab i. Jawab sahaja nanti di akhirat.

Selanjutnya “Yang dekat tempat lain tu, biarlah. Tu kan diorang yang mengundang masing-masing untuk berkata buruk.”-jawab Elfira Loy Sekadar info, Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf dan seorang cahaya mata perempuan, Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu di pusat perubatan di Kuala Lumpur. Sumber, murai