Lepas ni tak perlu mainan yang mahal, Elfira Loy dedah anak boleh duduk diam sebab main petai

Baru-baru ini perkongsian pelakon Elfira Loy menjadi perhatian apabila memuat naik gelagat anak sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf. Menerusi entri itu, Elfira meluahkan rasa syukur anaknya itu pandai berdikari serta boleh bermain sendiri lebih-lebih lagi sejak mempunyai adik. Elfira turut memuji putera kesayangannya itu juga yang boleh membantunya jika dia memerlukan apa-apa. Namun, apa yang paling menjadi perhatian apabila Elfira berkata minat Rayyan pada barangan tertentu yang membolehkan dia duduk diam. Kata Elfria, anaknya itu suka bermain dengan ranting, bunga kantang serta daun-daun yang menjadi kegemarannya. Malah, Elfia turut memuat naik video memaparkan anakya bermain dengan tangkai petai dengan begitu khusyuk sehingga sejam.

Comelnya Rayyan suka sukakan eleman alam. Tak perlu beli mainan mahal-mahal selepas ini, memang jimat. Elfira dan Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019. Pasangan itu dikurniakan memiliki sepasang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf 2 tahun dan Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu. Job Berlakon Tak Banyak, Warganet Persoal Kehidupan Mewah Elfira Loy. Baru-baru ini, perkongsian pelakon Elfira Loy di Insta Story menjadi perhatian apabila menjawab persoalan warganet yang bertanyakan mengenai kehidupan mewahnya. Menerusi soalan tersebut, individu berkenaan seolah kurang senang dengan kehidupan pelakon itu yang berbelanja mengalahkan anak Tan Sri. Malah, individu itu turut bertanyakan dari mana datangnya sumber pendapatan pelakon itu sedangkan sudah lama tidak berlakon. Tenang menjawab persoalan warganet itu, Elfira berkata rezeki yang diterimanya itu adalah yang tidak disangka-sangka.

Dalam perkongsian lain, Elfira berkata dia seorang wanita bekerjaya dalam dalam mencari rezeki. Katanya, biarpun hanya untuk membeli goreng pisang, dia tetap menggunakan duit sendiri. “Saya ada duit okey. Saya kerja siang dan malam cari duit. Saya nak beli goreng pisang pun saya tak minta duit laki (suami) saya. Saya beli sendiri. “Kalau saya jenis minta duit lelaki ‘kaya’ ni, saya dah pakai Ferrari. Tak adalah pakai kereta saya sekarang. Paling-paling pun saya akan ada empat maid (pembantu rumah). Tapi tak, saya urus semua sendiri,” tulisnya. Terdahulu, Elfira yang mendirikan rumah tangga bersama Faris pada 1 Januari 2019. Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan yang kini berusia dua tahun dan Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu. Sumber, rotikaya