Ada yang minta tips kekal hubungan baik dengan bekas suami, sekali Fasha Sandha tampil buka cerita pasal Jejai

Aktres cantik Fasha Sandha pada Isnin mendedahkan bekas suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai merupakan seorang lelaki yang baik pernah dijumpainya. Fasha mendedahkan perkara tersebut apabila dia menjawab pertanyaan peminatnya menerusi sesi soal jawab di laman Instagram. Antara soalan yang diajukan peminat adalah mengenai hubungan pelakon itu dengan bekas suaminya. Peminat Fasha dilihat kagum dengan keperibadian Fasha bersama Rizal yang tidak pernah bersengketa selepas berpisah.

Peminat itu juga turut meminta tips yang boleh diikuti buat pasangan lain. Pastinya peminat ingin mengetahui rahsia kebahagiaan ibu kepada tiga cahaya mata itu. Suka tengok kak dengan bekas hubby baik je tak gdh. Ada tips ke untuk pasangan lain. Menjawab pertanyaan tersebut, pelakon Khilaf Asmara tersebut mendedahkan di awal perpisahan wujud salah faham antara dirinya dan bekas suami. Namun kini, mereka berbaik demi kebahagiaan anak-anak. Sejujurnya, hmm..ada ketika mula-mula dulu ada juga sikit salah faham, tapi bila dah menghampiri umur banyak, sama-sama berbaik demi anak-anak. Penting untuk anak-anak semua nampak kami semua harmoni. Lebih menarik perhatian, apabila Fasha juga menyifatkan bahawa bekas suaminya itu merupakan ayah dan lelaki yang baik pernah dijumpainya walaupun banyak terpalit dengan kontroversi suatu ketika dahulu.

Rizal adalah daddy dan salah seorang lelaki yang baik yang pernah i jumpa. Dia mungkin terkenal dengan kontroversi, tapi sejujurnya dia baik. Menutup penulisannya itu, Fasha berkata dia tidak mempunyai sebarang tips seperti yang diminta peminatnya itu kerana dia bukan seorang pakar motivasi, guraunya. Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 27 April 2012 sebelum berpisah pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Sumber, OhBulan

Elisya Sandha Dah Selamat Bersalin Beberapa Hari Lepas, Kali Ni Fasha Sadha Dedah Nama Anak Elisya

Semalam, pelakon dan pengarah Sheila Rusly berkongsikan berita gembira menantu mereka, Elisya Sandha selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sheila sempat memuat naik gambar tangan cucu sulungnya itu serta meluahkan rasa syukur. Sementara itu, kakak kepada pelakon itu iaitu Fasha Sandha turut memuat naik video memangku anak Elisya serta berkongsikan bayi perempuan itu diberi nama Bunga El Haq. Fasha turut mengucapkan tahniah buat Elisya serta ibu mentuanya, Shiela serta ibunya yang kini sudah menimang cucu. Terdahulu, Elisya selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 8.40 pagi di sebuah hospital swasta di ibu kota. SUMBER, rotikaya

Ramai Yang Nantikan Saat Ni, Akhirnya Elisya Sandha Dah Selamat Lahirkan Anak Perempuan

Pelakon, Nur Elisya Sandha selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulungnya beberapa jam yang lepas di salah sebuah hospital swasta di ibu negara. Berita gembira ini dikongsi oleh ibu mentuanya, pengarah dan juga pelakon iaitu Sheila Rusly menerusi laman instagram. Sheila Rusly atau mesra disapa Sis Sheila memuatnaik video berdurasi kurang 3 minit itu memaparkan jari comel cucu sulungnya itu. Dalam pada itu, Suami Elisya Sandha, Uzair Haqimy sempat membuat ucapan buat isteri tercinta. “Dalam banyak banyak jasa I kepada you selama ni, dan selamanya. Tidak akan pernah dapat I tanding kan dengan jasa you yang ini sayang.” “I admire the strength you have sayang. You’re such a strong person. What a mother you are” Rata-rata rakan selebriti dan wargamaya tak putus-putus mengucapkan tahniah buat keluarga selebriti ini.

Dalam masa yang sama komen dari kakak Elisya, Fasha Sandha yang juga pelakon popular menarik perhatian ramai. Congratulations, Syukur alhamdulillah baby Bunga Cantik dan Sihat Sebelum ini, nama bayi ini masih belum diumumkan oleh pihak Elisya Sandha, hanya ‘hint’ sahaja yang diberikan iaitu Baby B. Tahniah Diucapkan buat Nur Elisya Sandha dan seluruh ahli keluarga atas kehadiran ahli keluarga baru. Selamat berpantang! Sumber, pa ma

Lebih Kurang 2 Minggu Lagi Nak Bersalin, Ramai Yang Teruja Bila Elisya Sandha Umumkan Jantina Anak. Pelakon, Elisya Sandha, 23, yang dijangka bersalin pada 16 Jun ini bakal dikurniakan bayi perempuan. Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan berkata, sepanjang tempoh keh4milan dia sudah mempersiapkan diri dengan membaca buku mengenai keibubapaan dan penyusuan ibu. “Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena menjalani proses operasi saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat. “Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan kebimbangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami ‘go with flow’ saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang. “Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak menjadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Elisya dan suami, Uzair Haqimy, 26, mengadakan majlis ‘baby shower’ seterusnya memperkenalkan jantina bayi dalam kandungan di sebuah hotel, di sini, hari ini. Sementara itu, Haq yang juga anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly berkata, dia sudah bersedia menjadi bapa selain berasa gementar. “Perasaan sekarang adalah gementar sikit sebab saya tahu situasi yang bakal dilalui isteri, bertarung nyawa dan akan banyak cairan merah. “Bapa saya sendiri pun sudah pesan kena ada di sisi isteri ketika dia bersalin. Dia cakap, kalau ada niat buruk saya kena ingat semula pengorbanan isteri bertarung nywa ketika bersalin. Dalam masa sama saya sudah bersedia menjadi bapa,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, HM