Mahu kembangkan perniagaan di Indonesia, Tya Ariffin bakal pulang ke tanah kelahirannya awal tahun hadapan

Umum lagi memang kita kenali dengan menantu Tokti ini iaitu isteri kepada anak Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa. Pelakon dan usahawan Tya Ariffin merancang untuk pulang ke negara kelahirannya, Indonesia bermula awal tahun hadapan. Pelakon dan usahawan Tya Ariffin merancang untuk pulang ke negara kelahirannya, Indonesia bermula awal tahun hadapan.

Kembangkan Perniagaan

Menurut Tya, perancangan itu dibuat bagi mengembangkan perniagaannya di sana dan membantu masyarakat di negara jiran itu. “Jika mahu berjaya dalam apa juga bidang termasuk perniagaan, kadang ada perkara kita perlu berkorban. Doakan semoga perancangan saya melalui perniagaan jamu Mutyara di Indonesia berjalan lancar. “Insya-Allah, perancangan ini kita akan mulakan awal tahun depan. Memandangkan saya pun ada keluarga di sini, jadi buat sementara waktu akan ulang alik dahulu. Ini lah pengorbanan yang perlu saya dan suami lakukan.

Katanya “Alhamdulillah, sepanjang perniagaan ini diusahakan kami berjaya membantu 40,000 wanita untuk mendapat peluang berniaga bersama saya. Malah, ada yang memperolehi sasaran lebih dari RM1 juta selain kebanyakan daripada mereka sudah mendapat impiannya. “Jadi, saya mahu membawa aura dan semangat sama ke Indonesia. Sudah tentu saya juga ingin lihat wanita di sana berjaya menggapai impian mereka. Diharap dengan adanya peluang yang bakal dibawa oleh Mutyara memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua pihak,” katanya.

Tempuh Pelbagai Cabaran

Dalam pada itu, Tya juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid menambah, perjalanan sebagai usahawan dengan perniagaan yang dibina sejak 2018 itu turut berdepan cabaran tersendiri. “Sepanjang empat tahun membina perniagaan jamu Mutyara ini di sini, saya akui proses dan laluannya tidak mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh. Mana ada orang terus berjaya. Cuma, kita kena sentiasa berusaha dan yakin akan rezeki Allah SWT. “Alhamdulillah, berkat sokongan suami, keluarga dan keluarga mentua jenama yang dibina kian dikenali dan semoga ia akan terus kukuh. Sudah semestinya saya berharap perkara sama apabila Mutyara menjengah pasaran Indonesia nanti,” katanya.

Untuk rekod, produk berkonsepkan jamu dan tradisional yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Tya dari Indonesia itu turut dipasarkan di Singapura, Brunei dan Australia. Keistimewaannya juga, Mutyara diolah daripada bahan-bahan alami dan makanan sunnah dengan  rasanya lebih sedap dan senang diminum oleh wanita Nusantara. Sumber, murai