Noh Salleh tampil ulas isu mengenai hubungan rumah tangganya, Rupanya ini yang berlaku pada pasangan ini

Tular di media sosial desus mengatakan rumah tangga pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina bergolak ternyata tidak benar apabila vokalis kumpulan Hujan itu tampil menafikan dakwaan tersebut. Noh sebaliknya berkata, ia adalah berita palsu malah dirinya sendiri mengetahui tentang khabar angin itu selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusannya sebelum sidang media konsert 3 Generasi Noh Salleh, Spider dan XPDC pada Rabu. “Entahlah, tiada komen… Anda semua kena tipu. Good luck. Fake news.

Katanya lagi “Saya sendiri baru tahu hari ini apabila dimaklumkan oleh Joe (pihak pengurusan),” katanya. Gosip rumah tangga Noh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman, 41, dikatakan bermasalah apabila beberapa ruangan forum di internet melaporkan pasangan itu kini dilihat jarang bersama selain Mizz Nina dikatakan bercuti tanpa kehadiran suami di sisi.

Pasangan ini bersama anak mereka, Musa pada sambutan Hari Raya lalu.

Dalam pada itu, dalam nada sindiran, Noh mempersoalkan pihak media yang didakwa lebih suka mengambil tahu tentang berita peribadi berbanding hal kerjaya. “Dah ketandusan cerita ke? Orang lebih suka kisah peribadi berbanding apa yang saya kerjakan,” katanya. Sementara itu, bercakap mengenai anak angkat mereka iaitu Musa, Noh memberitahu kasih sayang terhadap anaknya itu sangat berbeza.

Malah sebagai seorang bapa, Noh berkata, dia hanya menyedari dan merasai perkara itu. “Apabila ada anak, sayang itu ditahap berbeza. Saya baru sedar perkara itu. Sekarang ini saya lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan bawa anak lakukan pemeriksaan,” katanya. Noh dan Mizz Nina pada Mac lalu berkongsi berita gembira apabila mendedahkan mengambil Musa sebagai anak angkat sejak awal tahun ini. Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 2 Julai 2011. Sumber, mstar