Memang tak asing lagi kita dengan pelakon ini. Aktor Pekin Ibrahim meminta orang ramai mendoakan kandungan sulung isterinya, Mona Allen yang kini memasuki usia lapan bulan. Pelakon kelahiran Kelantan itu berkongsi foto terkini isterinya itu di laman sosial I.nstagram pada Khamis. Sekadar info, Mohd Iznan Pekin Ibrahim merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis skrip dan penerbit filem Malaysia. Beliau mula berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi filem sulung lakonannya Di Ambang M.isteri 2004, diikuti oleh beberapa filem berikut termasuk Cinta Terakhir 2009, Skrip 7707 2009, AlHijab 2011, B.unoha 2012, Paku Pontianak 2013, Cerita Kita 2013, Coverina 2015, Kampung D.rift 2016 dan Volkswagen Kuning 2016.
Manakala, Munna Hafiraneza Mona Allen ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau pernah menjadi hos program Sinaran Pasport Kegemilangan tahun 2000. Beliau juga terkenal dengan watak Ramona dalam Monalisa dan juga watak an.tagonis iaitu Maria dalam Hati Yang Dikh.ianati. Sumber, onlinemalaya
Doakan Semua Dipermudahkan
Kata Pekin “8 bulan, doakan semua dipermudahkan buat isteri saya,” tulis Pekin di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian itu lagi, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, tampil berseri mengenakan pakaian berona jingga dengan tudung bercorak lembut. Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikutnya menitipkan doa dan kata-kata semangat untuk urusan melahirkan z.uriat berjalan lancar.
Alhamdulillah, semoga dipermudahkan,” komen Fauziah Nawi. Semoga isteri Pekin sihat walafiat serta Allah SWT mudahkan segala urusan kelahiran nanti,” kata seorang wargamaya. “Co.ngratulations bro and Mona. Semoga dipermudahkan,” ujar seorang wargamaya. Semoga segalanya dipermudahkan and c.ongrats in advancebro,” tulis seorang wargamaya lagi. Sekadar informasi, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 40, dan Mona telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Disember 2018. Sumber,
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.