Umum memang kita kenali dengan pelakon cantik ini. Raja Ilya berkongsi berita gembira sambut kelahiran anak pertama. Bagaikan merasai satu keajaiban, Itu yang digambarkan oleh pelakon Raja Ilya yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Australia pada Jumaat. Ilya atau Raja Ramilah Begum Raha Mohammad, 37, turut mendedahkan bayi perempuannya itu diberi nama Talita Love.
Ilya dan suami teruja sambut kelahiran anak mereka.
Katanya “Syukur bayi perempuan kami selamat dilahirkan. Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love,” katanya. Ilya turut memberitahu dia bagaikan tidak percaya dirinya kini sudah bergelar ibu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Pelakon itu yang menetap di Perth, Australia bersama suami, Trent Garret yang dikahwininya pada 2018 turut memberitahu tidak sabar untuk membawa pulang bayi mereka ke Malaysia tahun hadapan. Katanya “Saya menangis menyambut kelahiran anak kami. Masih rasa terkejut bergelar ibu.
Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love
Katanya lagi “Tidak sabar rasanya hendak balik Malaysia bersama bayi kami tahun hadapan,” ujarnya yang turut membuka akaun Instagram untuk anaknya itu. Dalam temu bual sebelum ini, Ilya memberitahu dia sudah lama tidak pulang ke Malaysia disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kemudian mendapat tahu dirinya hamil. Sumber, mstar
Terima Tawaran Nyanyi Lagu Hindi, Raja Ilya Akui Bukan Penyanyi Profesional. Memang tak asing lagi kita dengan pelakon kacukan ini. Pelakon Raja Ilya yang kini hamil 32 minggu merakamkan semula lagu Bollywood berjudul Zara Zara yang pernah dipopularkan penyanyi Bombay Jayashri menerusi filem Rehnaa Hai Terre Dil Mein pada 2001. Raja Ilya, 37, atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, tawaran diterima penerbit muzik dan komposer dari Malaysia, Krishinthen Shanmugam pada September tahun lalu.
Katanya “Lama juga saya berfikir untuk terima tawaran ini apatah lagi sedang berbadan dua. Lagipun saya bukan penyanyi profesional. Selama ini pun saya tak pernah menyanyikan lagu Hindi secara serius. “Pada awalnya saya tak yakin dengan diri sendiri tapi komposer meyakinkan saya. Malah, dia siap menghantar demo lagu ini untuk saya cuba nyanyikan,” katanya.
Menurut Raja Ilya, proses rakaman itu memberikan satu pengalaman baharu buat dirinya selain menganggap ia satu cabaran. “Lagu ini sangat popular dan ramai suka selain dinyanyikan semula dalam bentuk ‘cover version’ di YouTube. “Pun begitu, proses rakaman bukan semudah difikirkan. Ambil masa beberapa bulan juga. Apatah lagi saya di Perth, Australia dan komposer di Kuala Lumpur. Namun dengan kemajuan teknologi, proses rakaman itu tetap berjalan seadanya.
Katanya lagi “Banyak juga kesilapan dilakukan semasa rakaman tapi komposer banyak bantu untuk betulkan kelemahan dan kekurangan termasuklah cara sebutan bahasa Hindi untuk lagu ini selain perlu menjaga tempo,” katanya. Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan lelaki warga Australia, Trent Garret pada Disember 2018. Dia dijangkan melahirkan anak perempuan pada pertengahan Julai depan. Sumber, harian metro
Raja Ilya bakal timang bayi perempuan. Kuala Lumpur: Impian pelakon, Raja Ilya dan suami, Trent Garret untuk menimang cahaya mata perempuan tercapai. Berita gembira itu diumum Garret dalam video memotong kek yang dimuat naik di Instagram Ilya, malam semalam. “Ia merah jambu. Maksudnya, ia bayi le…. maaf, perempuan,” kata Garret dalam video itu. Dalam hantaran itu, Ilya turut berkongsi perasaan teruja untuk menimang cahaya mata sulung hasil perkahwinan mereka itu. “Sangat teruja. Memang nak sangat bayi perempuan sebagai anak pertama. Boleh melaram sekali, ‘doll up’. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.
Menurut Ilya yang kini menetap di Australia, semuanya sudah tertulis oleh Allah dan keluarga sebelah suaminya juga sememangnya mengharapkan kehadiran bayi perempuan dalam keluarga. “Allah tahu yang terbaik untuk kami. Amin. Nasib baik bukan bayi lelaki. Kita tak ada pengalaman sangat mengendalikan bayi lelaki. “Sebelah (keluarga) Trent pula, semua lelaki. Jadi, mereka memang mengharapkan ada bayi perempuan dalam keluarga,” tulisnya. Ilya juga mengucapkan terima kami atas doa pengikutnya di Instagram dan berharap bayi yang akan dilahirkan itu dalam keadaan sihat.
Katanya “Ramai yang teka bayi lelaki. Saya hargai tekaan anda semua. Yang penting, bayi sihat walafiat. Terima kasih untuk semua doa dan ucapannya,” tulisnya. Dalam video berkenaan, turut kelihatan beberapa ahli keluarga Trent termasuk ibu bapanya dan mereka kelihatan teruja ketika Trent memotong kek coklat yang disediakan dengan krim berwarna merah jambu di bahagian tengah. Ilya dan Trent melangsungkan pernikahan pada 23 Disember 2018.