Rita Rudaini muat naik video dengan anak anak, tapi kapsyen video yang tarik perhatian ramai

Sebut saja nama Rita Rudaini, ramai mengetahui tentang pengorbanan pelakon itu sebagai ibu tunggal dalam menjaga dan mendidik dua anak lelakinya sejak sembilan tahun lalu. Walaupun tanpa kehadiran suami sebagai ‘tulang belakang’, pelakon berusia 46 tahun itu mampu membuktikan bahawa dia juga berjaya membesarkan anak-anak dengan cemerlang. Terbaru, Rita memuat naik satu hantaran berbentuk video di laman Instagram memaparkan foto dirinya bersama anak-anak dari kecil sehingga salah seorangnya menyambung persekolahan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai sudah tentu kapsyen ditulis dalam video tersebut mengenai ‘kegagalan’ dilalui dalam kehidupannya sebelum ini. Klik sini untuk lihat video.

Menurut pelakon filem Rumah Madu Ku Berhantu itu, dia menyifatkan kegagalan menjadi seorang isteri masih boleh diterima berbanding kegagalan seorang ibu dalam mendidik anak-anak. “Biar gagal menjadi seorang isteri. Yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu,” tulis Rita. Namun begitu, dia mengehadkan ruangan komen dimana hanya individu ditetapkan sahaja dapat tinggalkan reaksi di posting berkenaan. Untuk rekod, pemilik nama Rita Rudaini Mokhtar itu pernah berkahwin dengan pemain bola sepak profesional tanah air, Aidil Zafuan pada 25 Februari 2008 namun bercer4i lima tahun selepas itu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, omm

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Rita Rudaini Dulu Pun Merupakan Ahli Silat, Lepas Tengok Filem Mat Kilau Sekali Ni Respon Dari Rita Rudaini. Menerusi satu perkongsian dari seorang pelakon yang dikenali ramai iaitu Rita Rudaini sekali lagi menjadi tarikan ramai apabila beliau menyatakan satu kenyataan di lama Tlktok beliau berkenaan filem yang hangat diperkatakan kini iaitu Mat Kilau. Filem arahan Syamsul Yusoff itu membuatkan para artis sendiri memberi komen yang positif dan meminta agar semua menonton filem tersebut kerana filem tersebut terlalu hebat jika menonton di pawagam. Melalui perkongsian dari Rita Rudaini, beliau sendiri mengulas filem Mat Kilau dengan menyatakan bahawa beliau sebelum ini tidak merasakan untuk menonton filem arahan Syamsul namun beliau dijentik untuk menonton filem tersebut setelah menerima komen yang begitu mantap dari para penonton yang sudah menonton filem tersebut.

Rita Rudaini yang dulu juga merupakan ahli silat waktu beliau muda dahulu menyatakan penguasaan silat dalam filem tersebut sememangnya begitu mantap sehinggakan beliau menumpukan perhatian beliau sepenuhnya kepada filem tersebut. Pelbagai komen diberikan seperti, @isna, memang best. nak pegi tandas pun tak jadi takut terlepas scene yg best2. @pakmattempeh, Betul kak.. pop corn kami sampai tak tersentuh lansung,ralekk. @Putera 77, Nasib baik dah jd endemik klu pandemik xbole masuk pawagam sbb rita x vaksin lg.. Hahaha. @I-cinta u sowunk, Teringin pulak kami nak tengok kak rit bukak bunga silat! Mesti rindu kan kan ayuhhhh tlktok kan seni tari mu. @sportman, macam tgk awek tk kelip mata. @THE MK KITCHEN, shamsul mmg pengarah terbaik…imagine dia tinggi… @ihan official, Sy suka kalau rita rudaini ada dalam ni ada aura serikandi tu. Tinggi lampai manis melayu sedang2

@A-Z-H-R, ahhhh xsabar malam ni nk g tgokkkk filem aksi mmg fabvorite lebih2 lgi filem yg ade persilatan melayu auto meremang weiii,semgat pahlawan melayu. @Amir Joki, kak rita bersilat ooooo…jom kak buat short movie pasai srikandi. @uwan younger, sama ngn ceq …sblm ni x pernah tengok filem…..klau tngok pun cari pengarah dia sapa n pelakon fav jer dato adi Putera dngn Syahiezy Sam ….. @Asyraff Azhar, baru tengok semalam kak memang puas hati popcorn saya pun tak habis jugak kak @faraheemajaafar, baru tgk mlm semlm ..mmg terbaik …10bintang ..cerita pon x bosan pelakun ssemua hebat²… @Anizah_AR, Betul lah. Mmg freeze kat seat. And pestime popcorn x habis. Selalu popcorn habis dulu sebelum movie

Beliau sendiri menyatakan bahawa beliau sendiri tidak menyangka beliau mampu memberikan komen sebegitu kepada pihak produksi filem tersebut dan beliau juga meminta untuk semua terus menyokong filem tersebut kerana untuk pertama kalinya, filem aksi ini mampu menggegarkan satu Malaysia dengan tayangan yang memberi banyak pengajaran kepada semua. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!. Sumber, sinetronmalaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.