Juara Akademi Fantasia 8, Shahir mempunyai alasan tersendiri untuk tidak mendedahkan gerangan wanita yang sedang memiliki hatinya ketika ini. Meskipun diaju dengan sekeping foto menunjukkan seorang wanita yang didakwa teman wanitanya, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 33, tetap mengunci mulut. “Kita masih lagi dalam proses, belum ada ikatan. Ye lah, kita bertunang pun belum lagi. Jadi, kita tak mahu menwar-warkan sesuatu benda yang belum sahih. “Jadi saya mengambil pendekatan untuk tunggu bila masa yang sesuai untuk berkongsi perkara tersebut,” ujarnya kepada Gempak.
Shahir ditemui selepas program siaran langsung MeLETOP pada Selasa. Jelas pelantun lagu Aku Yang Berdosa itu lagi, pengalaman cinta lampau yang tidak menjadi membuatkan dia lebih berhati-hati berkongsi perihal jodoh. “Saya dah ada pengalaman sebelum ni dimana orang gembar-gemburkan jadi kita tak mahu perkara yang sama berulang. Jadi tunggu bila dah betul-betul sah nanti. “Saya selalu berdoa pada Allah, kalau betul sesiapa sahaja adalah jodoh saya, permudahkanlah. “Alhamdulillah perkenalan saya dengan dia semuanya nampak dipermudahkan. Persiapan berkahwin tu pun kita dah mulakan dan setakat ini semuanya nampak lancar, alhamdulillah,” luahnya lagi. Terdahulu, hubungan cinta di antara Shahir dan aktres jelita Erra Fazira terputus di tengah jalan dan masing-masing sudah membawa haluan diri.
Erra Baru Je Ucap Tahniah Pada Shahir, Terkejut Sekali Identiti Bakal Isteri Shahir Jadi Perhatian Ramai. “Saya ada menghubunginya sebaik saja menerima perkhabaran gembira itu. Saya mengucapkan tahniah kepadanya,” kata penyanyi dan pelakon, Erra Fazira, 48, mengenai berita sahabatnya yang juga penyanyi, Shahir Zawawi yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Erra berkata, dia masih mengekalkan hubungan baik dan berkomunikasi dari semasa ke semasa dengan bekas kekasihnya itu. Erra berkata, dia juga yakin Shahir sendiri sudah bersedia untuk melayari alam rumah tangga. “Semestinya saya teruja dan gembira apabila terbaca berita gembira itu. Lantas saya terus menanyakan kepadanya dan dia menceritakan sepenuhnya kepada saya.
“Saya masih mengekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan lama, yang mana biarpun tidak berjodoh, namun tidak bermasam muka. Apabila mendengar khabar baik mereka, semestinya kita turut gembira,” katanya. Biarpun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan cintanya, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek mengakui rapat dan baik dengan Shahir sebelum ini. Sementara itu, Erra sekali lagi bakal berganding dengan Datuk Awie dalam Showcase Awie Romantika yang bakal berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Ogos ini. Sebelum ini konsert berkenaan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam. Inikah bakal isteri Shahir Zawawi.
RAMAI peminat Shahir Zawawi tumpang gembira apabila penyanyi kesayangan mereka mendedahkan bakal bertunang pada pertengahan Julai ini. Diam-diam hatinya dicri. Menurut sumber Diva, betullah, wanita pilihannya bukan calang-calang, seorang usahawan yang sukses, bijak dan jelita. Memang secocok dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan itu. Sejuk mata memandang tengok si bakal suri hidupnya. Sudah namanya jodoh, tak sampai dua bulan kenal mereka sepakat langsungkan ikatan. Difahamkan persiapan ke hari bahagia sudah hampir sempurna kerana selepas bertunang, pasangan tersebut enggan tunggu lama-lama. Dikhabarkan September jadi bulan pilihan mereka melangsungkan pernikahan. Menerusi satu perkongsian dalam Instagram, bakal isteri Shahir pun sudah menjalani kursus perkahwinan bulan lalu.
Apabila kedua-dua keluarga sudah bagi restu, tandanya kompang sudah boleh dipalu. Selepas hampir dua mengenali hati budi, penyanyi Shahir Zawawi mengesahkan akan bertunang dengan usahawan produk berusia 30 tahun pada pertengahan bulan depan. Katanya, keserasian dan kebaikan wanita yang berjaya mencvri hatinya itu membuatkan dia tidak menunggu lama untuk membawa hubungan tersebut ke fasa perkahwinan. “Hal jodoh itu ketentuan Allah, tidak timbul soal cepat atau lambat. Apabila masing-masing ikhlas, kami serius ke langkah seterusnya menuju alam perkahwinan dengan dengan berjumpa keluarga masing-masing. “Walau tak sampai dua bulan kenal, saya yakin dia calon paling tepat melihatkan sikapnya dan paling penting kami serasi. Usia saya dan dia juga sudah cecah 30-an, buat apa tunggu lama-lama.
“Identitinya pula bukan saya sengaja mahu sembunyikan, sebaliknya cuma tunggu masa yang sesuai sebab kami pun belum bertunang. Tunggu nanti. “Tapi masa mula kawan saya lagi nampak banyak ciri yang bagus padanya. Dia seorang yang baik, melayan orang dengan baik dan sentiasa positif,’ katanya kepada Kosmo! Online. Terdahulu, pemilik nama Ahmad Shahir Zawawi yang juga juara program Akademi Fantasia musim kelapan 8 (AF8) dan Hijrahkan Laguku sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti. Sekali gus, ramai tertanya-tanya hati penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini milik siapa terutama sejak dia kembali ke arena seni selepas hampir empat tahun menyepi.
Ditanya mengenai perancangan tarikh pernikahan pula, katanya mereka masih mencari lokasi sesuai di ibu negara untuk meraikan hari bahagia itu namun paling pasti pernikahan akan dijalankan tahun ini. “Insha-Allah memang kami mahu percepatkan perkara baik ini. Masa bertunang nanti keluarga akan berbincang soal tarikh. Kalau boleh nak segerakan tetapi kena tengok tempat dulu sebab banyak lokasi acara sudah ditempah awal. “Sekarang kami mula buat persiapan dan penuhi permintaan keluarga untuk ikut adat bermula dengan acara merisik dan meminang. “Jika tiada aral, pertengahan Julai depan kami akan bertunang, disusuli majlis pernikahan yang turut diharap dapat dilangsungkan tahun ini juga. “Ikutkan majlis kenduri turut diadakan di Kuala Lumpur. Saya cuma minta doakan urusan kami berjalan lancar,” kata anak jati Perak itu lagi. Terdahulu, Shahir pernah mendapat liputan hangat gara-gara perhubungan dengan pelakon popular, Erra Fazira. Bagaimanapun hubungan tersebut tidak menampakkan sebarang hala tuju. Kiranya sekarang, mereka kini cuma menunggu detik disatukan. Apa pun tahniah! Sumber, kosmo
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.