Shahir Zawawi kini sah bergelar tunangan orang, rupanya dia bertunang pada tarikh ni

Penyanyi Shahir Zawawi kini sah bergelar tunangan orang pada tarikh 16 Julai, hujung minggu lalu. Shahir Zawawi amat bersyukur majlis pertunangan dengan seorang usahawan berasal dari Sabah, telah berjalan dengan baik. Majlis pertunangan Shahir dan pasangan berlangsung di rumah wanita berkenaan yang terletak di Tawau, dan ianya hanya dihadiri ahli keluarga saja. Ini komen Shahir kepada Berita Harian. “Syukur alhamdulillah, saya dan family saya seramai enam orang telah hadir dari Kuala Lumpur bertandang ke rumah tunang saya yang terletak di Tawau. Seterusnya dengan keizinan Nya, majlis nikah akan berlangsung pada tahun ini juga.” Tentang tarikh nikah yang lebih tepat, Shahir masih lagi belum ada jawapannya.

“Bukan tak mahu dedahkan, sebaliknya, ada perkara yang perlu saya teliti dulu. Soal ini ada kaitan dengan kerja saya. Oleh itu, kena check dulu, baru boleh umum dan beritahu tarikh.” “Apapun, kami dah bincang nak nikah dalam masa terdekat. Tak mahulah tunang lama-lama. Majlis pernikahan akan berlangsung di Kuala Lumpur dan majlis resepsi di Tawau.” Shahir kini masih lagi merahsiakan identity serta nama wanita yang kin bergelar sebagai tunangnya. “Sebelum ini, banyak cerita tentang saya terkeluar, oleh itu kali ini saya ambil langkah selamat.” “Dah pasti baru lah diumumkan, tak mahu la cerita nanti tak jadi pula.” Walaupun identity masih tidak diketahui, menerusi forum hiburan Cari, ada beberapa foto telah dimuatnaik yang dikatakan wajah tunang kepada Shahir. Ini beberapa fotonya.

Dalam perkembangan terkini, Shahir kini sedang rancang untuk buat lagu kepada bakal isterinya itu. “Sebab tu juga kena tunggu, saya pun nak plan untuk lagu tersebut.” Tahniah diucapkan kepada Shahir Zawawi yang kini dah selamat bertunang dengan wanta dari Sabah, semoga segala urusan untuk pernikahan dipermudahkan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Berita Harian, Cari. PERHATIAN: Pihak kami  tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.