Tular video si oyen panggil tuan macamm ada sesuatu, sebak rupanya itu hari terakhir dia

Memiliki haiwan peliharaan seperti kucing ialah satu kemestian kepada sesebuah keluarga. Bila memelihara kucing ini, dapat juga tuannya menumpang kasih sayang walaupun hanya haiwan peliharaan. Manakan tidak haiwan kerana haiwan seperti kucing ini sangat manja dan memang terkenal dengan sifat manja dan boleh menjadi teman yang terbaik buat seseorang manusia. Terkini, satu rakaman video telah dimuatnaik di laman aplikasi Tik Tok yang memaparkan tentang seekor kucing yang memanggil pemiliknya di luar pintu bilik. Apabila dibuka pintu bilik, kucing tersebut masuk seperti dia merindui pemiliknya itu. Walaupun tidak dapat bercakap tetapi hanya pencinta kucing akan dapat mengenali sekiranya kucing itu memanggilnya. Bila dibuka pintu, kucing itu masuk dan berbaring seperti terlampau penat dan kedengaran pemiliknya sedang bercakap dengan kucing kesayangannya itu. Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang tinggalkan komen seperti kucing itu akan pergi tinggalkan dunia ini dan ada juga yang menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku kepada kucing itu. Klik sini untuk lihat video.

Kelebihan bagi yang suka bela kucing. TERDAPAT banyak manfaat dan kebaikan yang boleh kita perolehi apabila kita membela dan menyayangi kucing. Membela kucing memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan manusia seperti kesihatan fizikal, kesihatan mental, cara hidup dan sebagainya. Dapat Membuang Sifat Pentingkan Diri Sendiri Dan Kedekut Dalam Diri Manusia. Membela kucing mengajar kita untuk berkongsi rezeki daripada Allah SWT di atas muka bumi ini tidak kira sama ada makanan, minuman, tempat tinggal dan khususnya kasih sayang. Sifat berkongsi dengan makhluk comel ini lambat laun akan menjadikan kita seorang manusia yang pemurah dan baik hati. Menjadi Terapi Emosi Yang Sangat Baik. Satu kajian oeh universiti Columbia mendapati aktiviti bersama haiwan kesayangan anda terutama kucing dapat meningkatkan hormon serotonin dalam badan anda. Hormon serotonin berfungsi untuk mengawal mood, mengurangkan emosi negatif dan membuatkan seseorang menjadi lebih bahagia. Sekaligus, dapat mengurangkan tekanan perasaan dan kesunyian dalam diri manusia. Kajian juga mendapati mereka yang berada dalam kemurungan boleh sembuh dengan berinteraksi dengan kucing.

kredit, https://myteamnetwork.com.my/, https://says.com/