Simpati akan nasib Sajat, Warganet nasihat agar tidak pulang ke Malaysia buat masa ini

Umum memang kita kenali dengan usahawan penuh kontroversi ini. Rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi mereka termasuklah ada yang meminta Sajat untuk batalkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kerana bimbang Sajat akan lebih teruk dikritik. Usahawan kontroversi, Nur Sajat sebelum ini telah berhijrah ke Autralia sejak tahun lalu selepas dilaporkan ditahan oleh pihak Imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.

Terkini Sajat atau nama penuhnya Nur Sajjad Kamaruz Zaman seolah memberikan ‘hint’ bakal kembali ke Malaysia selepas dilihat memuatnaik video dirinya menghadiri sebuah pertandingan muzik tahunan yang popular di Malaysia, Anugerah Juara Lagu beberapa tahun yang lalu. “Tunggu nanti kemunculan saya balik..Mesti ramai nak saya pulang kan.. Akan ke red carpet.”-Tulis Sajat di Instagram

Pelbagai Reaksi Peminat

Di ruangan komen, dapat dilihat rata-rata peminat di Instagram nya memberikan pelbagai reaksi mereka termasuklah ada yang meminta Sajat untuk batalkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kerana bimbang Sajat akan lebih teruk dikritik. “Jat tak payah baliklah. Aku kesian kat kau kena kritik. Kau duduk kat Aussie je la sebab kau nampak happy sangat.” “Time ni satu Axiata Arena sorak. Saya masih ingat dan simpan video Sajat time keluar dewan. “Sajat sebenarnya jadi mangsa politik. Banyak lagi pondan lebih dari Sajat. Sebab Sajat paling glamour dia jadi mangsa untuk tutup cerita mereka.”

Kata warganet “Sajat jangan balik. Kesian nanti kena kritik dengan warganet Malaysia yang low IQ. U happy there.” Sekadar info, Nur Sajat sebelum ini ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang besar, Perlis. Sumber, murai