Suami benarkan kalau nak terus menyanyi, tapi ini syarat yang diberi pada Wany Hasrita buat ramai yang terkedu

Suami kepada penyanyi Wany Hasrita, Mohd Al-Adib Fahmi Harun mengakui dia tidak menghalang isterinya itu untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni selepas ini. Bagaimanapun, Adib berkata, dia menetapkan beberapa syarat buat Wany, seperti melabuhkan tudung serta tahu menjaga diri dan batas sebagai seorang isteri. “Syarat paling utama saya beritahu dia, (untuk) labuhkan tudung itu sahaja. “Kalau cakap bab masak, sekarang zaman dah berlainan… kemudahan banyak. Kalau duduk berdua nak beli bahan makanan (masakan) dah mahal, makan di luar lagi murah kadang-kadang,” seloroh Al-Adib. Pasangan raja sehari ini ditemui pada majlis kesyukuran bagi meraikan perkahwinan mereka yang diadakan di Forest Valley, Cheras, pada malam Ahad.

Majlis yang diraikan secara sederhana tetapi meriah itu dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak, pihak media serta ahli kelab peminat Wany Hasrita. Di dalam majlis tersebut, pasangan mempelai menggayakan persalinan rona kelabu rekaan pereka, Eja Shahril. Bakal menjalani kehidupan jarak jauh sebagai pasangan suami isteri, Wany berkata dia akan berulang alik ke Sarawak memandangkan suaminya masih lagi bekerja di sana. “Kami sudah rancang untuk settle down (duduk bersama) tapi bukan dalam masa terdekat sebab masing-masing ada komitmen dalam kerjaya.

“Cuma buat masa sekarang, kami cuba untuk faham dan bagi saya sendiri, saya jaga apa yang perlu dijaga sebaik mungkin,” ujar Wany. Bercakap mengenai rancangan bulan madu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu ini menjelaskan dia dan suami masih belum berbincang lanjut mengenainya. “Esok baru nak fikir, selesai majlis… penat sebenarnya buat majlis ni. Nanti dah sempat rehat, baru kami scroll cari destinasi bulan madu. “Mengenai anak pula, kami tidak tetapkan apa-apa… ada rezeki ada,” kata Wany lagi. Untuk rekod, Wany selamat bergelar isteri kepada Al-Adib dalam sebuah majlis yang dilangsungkan di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor, jumaat lalu. Pasangan ini menjalinkan hubungan rapat sejak 2019 dan Al-Adib merupakan sepupu kepada kawan baik Wany sendiri.

“Saya terpikat dengan isteri kerana dia mempunyai hati yang baik dan tidak gemar bercakap buruk mengenai orang lain,” kata Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, mengenai keperibadian isterinya, penyanyi Wany Hasrita, 30. Terdahulu, pasangan sejoli ini ditemui media pada majlis kesyukuran sempena pernikahan mereka pada Jumaat lalu di Ruscus Hall Forest Valley, di sini, malam tadi. Mohd Al-Adib juga berkata sikap Wany yang tidak suka merungut apabila ditimpa masalah dan sentiasa mengucapkan Alhamdulillah amat membuatkan dia tertarik sehingga jatuh cinta dengan penyanyi lagu Menahan Rindu itu. Ditanya pula mengenai kesediaannya untuk memasuki ‘dunia glamor’ isteri tersayang selepas ini, Mohd Al-Adib berkata dia okey saja selagi ia tidak mengganggu kehidupan peribadinya dan karier sebagai juruterbang.

“Bagi saya, kalau peminat Wany setakat meminta untuk ambil gambar dan berborak biasa, itu tiada masalah. Asalkan, jangan sampai mengganggu kehidupan peribadi dan karier saya saja. “Untuk syarat Wany dalam meneruskan karier seninya, saya mudah saja. Apa-apa yang dia akan buat atau dia tanya boleh buat ke tidak, selalunya saya akan tanya dia balik, kalau saya buat okey tak? Macam ‘reverse psychology’ sebab wanita memang selalu rasa dia yang betul kan? Wany Hasrita dan suaminya pada majlis kesyukuran malam tadi. Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan, Hasbullah Hassan dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media. Sumber, mh