Wow Sampai 5 Generasi Bergelar Doktor Termasuk Menantu, Rupanya Ini Yang Dilakukan Oleh Keluarga India Ini

Umum memang kita ketahui dengan kehebatan India dalam perubatan. Namun ada sebahagian keluarga dari India ini ialah doktor kesemuanya iaitu dikenali sebagai keluarga Sabharwal yang bergelar doktor. Bukan iklan untuk hospital yang baru dibuka, sebaliknya adalah kisah benar mengenai keluarga Sabharwal Delhi di India. Siapa sangka selama lima generasi, setiap ahli keluarga ini menjadi doktor. “Semuanya bermula dengan moyang saya, Lala Jeevanmal Sabharwal, yang merupakan master stesen di Lahore. Suatu hari selepas dia mendengar Gandhi ji bercakap tentang kesihatan dan pendidikan, dia memutuskan untuk membina sebuah hospital.

Menurut berita “Dia kemudian bertegas supaya keempat-empat anak lelakinya belajar dalam bidang perubatan,” kata pakar bedah, Dr Ravindar Sabharwal, 71. Begitulah lahirnya doktor pertama dalam keluarga itu, Dr Bodhraj, pada 1919. Dr Ravindar berkata, Dr Bodhraj kemudian memutuskan bahawa setiap generasi berikutnya perlu belajar dalam bidang perubatan. “Dan setiap anak lelaki perlu berkahwin dengan doktor,” tambah Dr Ravindar. Ini foto keluarga Sabharwal

Seramai 140 doktor dalam lima generasi keluarga Sabharwal.

Keluarga itu kemudian berpindah ke Delhi dan membuka lima lagi hospital, masing-masing membawa nama keluarga, Jeevan. “Sudah tentu ada pemberontakan. Ada yang enggan jadi doktor, yang lain mahu berkahwin dengan bukan doktor. “Mesyuarat kecemasan keluarga dibuat, panggilan telefon bertalu-talu. Tapi akhirnya semua orang mencapai kata sepakat,” kata Dr Sudarshana, 68, pakar sakit puan dan juga isteri Dr Ravindar.

Sudah tentu ada pemberontakan. Ada yang enggan jadi doktor, yang lain mahu berkahwin dengan bukan doktor.

Seorang anak lelaki yang berkahwin dengan ahli biokimia akhirnya ‘mengalah’ apabila isterinya memutuskan untuk belajar perubatan selepas beberapa tahun berumah tangga. “Dia mungkin muak dengan orang bertanya mengapa dia bukan doktor,” ujar Dr Sheetal, 30, secara berseloroh. Dr Sheetal juga merupakan pakar sakit puan dan menantu generasi ke-4 dalam keluarga itu. Dalam pada itu, ada juga kisah lain. Semasa Dr Bodhraj masih hidup, terdapat satu ritual untuk memohon restunya apabila sesiapa berjaya mencapai tahun keempat dalam sekolah perubatan. Sebagai ganjaran, dia akan menghadiahkan mereka dengan stetoskop baharu. “Dia terlalu mahu menjadikan kami sebagai doktor. Dia akan membuatkan kami berlatih memberi suntikan pada pokok pisang,” imbas Dr Vikesh, pakar mata berusia 55 tahun.

Selain anak, menantu juga bergelar doktor

Bagi anak-anak saudara Sabharwal, hampir setiap kali perbualan di meja makan adalah mengenai hal berkaitan hospital. “Saya masih ingat melakukan tugasan di dalam dewan bedah. Kami akan berlari untuk melihat mangsa kemalangan,” kata Dr Shinoo Rana, 39. Satu lagi perkara yang menarik mengenai keluarga ini ialah anak-anak tidak dinamakan mengikut astrologi. Sebaliknya, merit nama bergantung pada bagaimana ia akan mempengaruhi kanak-kanak di sekolah perubatan. “Saya dan abang-abang dinamakan dengan huruf V. Tetapi di sekolah perubatan, ia bermakna berada di bahagian bawah apabila nama dipanggil. Sumber, mstar