Adi Putra dedah pihak penerbit tak jawap panggilan, tapi ini pula respon dari Penerbit tersebut

Tengah malam tadi, pelakon watak Mat Kilau iaitu Adi Putra memuat naik satu hantaran yang ditujukan khas buas penerbit Studio Kembara. Apa yang mengejutkan adalah dia menyatakan ketidak hadiran dia ke tayangan gala filem Mat Kilau di Jakarta nanti. Ini semua berpunca kerana dia tidak dapat menghubungi pihak penerbit dan merasakan seperti dipulau. “Assalamualaikum, kepada Kembara Studio Sdn Bhd (Studio Kembara), andai tidak cukup ‘handphone’ (telefon bimbit) kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu ‘handphone’ agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.” “Akan kerana ini saya manfaatkan di ‘socmed’ (media sosial) agar mesej saya sampai ke pihak Studio Kembara.”

Pelakon watak Mat Kilau itu juga berkata yang beliau tidak akan hadir tayangan gala filem itu di Jakarta, Indonesia. Semoga mesej ini sampai ke pihak berkenaan dan semoga Allah permudahkan segala urusan. Studio Kembara terkejut apa yang didakwa Adi Putra. Memetik laporan Harian Metro, penerbit dan pengarah urusan Studio Kembara, Abdul Rahman memaklumkan dia juga baru sahaja dimaklumkan tentang perkara ini. Beliau juga tidak pasti siapa yang dihubungi Adi Putra sehingga tidak dilayan. Saya pun kawan baru hantar pagi ini, tiba-tiba saja. Saya tak pasti siapa yang dia hubungi. Nanti saya dapatkan maklum balas daripada kakitangan siapakah yang dia cuba hubungi. Tunggu saya dapat respon staf dulu. Ada ke Adi Putra call tapi tak jawab. Pagi ni mungkin mereka tidur lagi. Semalam ada perbincangan lewat malam. – Jelas Abdul.

Nampaknya benarlah ada salah faham antara pelakon Adi Putra dengan penerbit filem Mat Kilau, Studio Kembara. Mana tidaknya, lain yang didakwa Adi Putra, lain pula yang didakwa pihak penerbit. Terkini, penerbit dan pengarah urusan Kembara Studio, Abdul Rahman Mt Dali menjelaskan wakil pihaknya sudah berusaha menghubungi kembali Adi pada malam Khamis (11 Ogos 2022) tapi tidak dijawab. Pada pukul 10.25 malam Khamis, Adi ada menghantar kiriman WhatsApp kepada adik saya selaku wakil Kembara Studio namun disebabkan kami sedang bermesyuarat, jadi dia minta tunggu sehingga selesai. Sekitar 11 malam, adik saya ada menghubungi kembali tetapi tidak mendapat jawapan.

Tak tahu apa punca Mat Kilau marah. Dalam pada itu, Abdul mengakui masih tidak tahu apa punca sehingga berlaku isu ini. Bagaimanapun, Abdul masih mahu tahu sebab mengapa Adi tidak mahu ke Indonesia dan tidak melihat ini isu besar. Mahu bawa semangat Malaysia dan budaya orang Melayu ke Indonesia. Tindakannya itu tidak melnggr kontrak kerana kami tidak berbincang mengenai pemasaran filem tetapi sebaik-baiknya dia memberikan alasan yang boleh diterima kerana ramai menantikan kehadirannya. Rasanya, ini salah faham kecil je ni dan tak perlu dibesarkanpun. Diharapkan pihak penerbit dan pelakon dapat selesaikan masalah ni secara profesional. Janganlah bergdh sebab kami nak tengok Adik Putra lagi dalam Mat Kilau 2. Kredit, Harian Metro