Pelakon Datuk Adi Putra membuat kejutan apabila mengatakan tidak akan hadir pada tayangan gala filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di Jakarta, Indonesia. Dengan nada seakan kecewa, Adi Putra menyatakan dia kesal dengan pihak Kembara Studio Sdn. Bhd. yang dikatakan susah untuk dihubungi. Dengan nada sinis beliau berseloroh mahu menghadiahkan telefon bimbit kepada Kembara Studio agar mudah untuknya berkomunikasi dan berurusan. “Akan kerana ini, saya manfaatkan di media sosial agar mesej saya sampai ke pihak Kembara Studio. “InsyaAllah saya tidak akan hadir tayangan gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta. Terima kasih,” katanya dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya malam ini.
Bagaimanapun menurut Adi Putra, hantaran itu bersifat sementara. Dalam satu komen, pihak yang dipercayai wakil Kembara Studio menyatakan mereka mengambil maklum mengenai teguran tersebut dan akan memanjangkan perkara itu kepada pihak pengurusan. Rata-rata pengikut Instagramnya pula cemas apabila melihat Mat Kilau sudah ‘marah’ dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun Adi Putra tidak menyatakan sebab sebenar hantaran itu dibuat. Sumber, KOSMO! ONLINE.
Tak Sangka Filem Mat Kilau Bakal Ke Indonesia, Rupanya Hasil Kutipan Hampir RM100 Juta. Memang tak asing lagi kita dengan karya filem ini. Filem Melayu yang mencetus fenomena di dalam negara baru-baru ini, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan ditayangkan di Indonesia bermula 31 Ogos ini. Pengarahnya, Syamsul Yusof berkata, dia dan syarikat penerbitan filem berkenaan telah menerima pelawaan daripada pawagam di negara jiran itu untuk menayangkan Mat Kilau. “Saya pun ada pengikut dari filem-filem saya sebelum ini di Indonesia. Munafik 2 terutamanya kerana filem Munafik 2 adalah filem Melayu yang paling tinggi kutipannya di Indonesia. “Syukur, saya ada sokongan yang kuat dengan pawagam dan penonton di sana,” katanya memetik laporan portal Malaysia Now.
Tambah Syamsul, dengan adanya pelakon aksi dari Indonesia, Yayan Ruhian dalam filem tersebut secara langsung menyumbang kepada permintaan tayangan di negara jiran itu. Sebelum ditayangkan kepada umum bermula 30 Ogose, filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ juga akan ditayangkan secara perdana empat hari sebelum tarikh berkenaan. Bagaimanapun ujar Syamsul, ketika ini pihaknya masih menjalankan perbincangan bersama industri pawagan di negara terbabit.
Mat Kilau mencipta rekod baharu dalam industri perfileman tanah air apabila merekodkan kutipan tiket berjumlah RM96 juta dalam tempoh 40 hari tayangan bermula 23 Jun lalu. Ketika ini filem yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan Datuk Jalaluddin Hassan itu masih ditayangkan di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura. Sumber, gempak