Hidung Ashraf Muslim patah kerana melakonkan babak aksi, Akui akan lebih berhati hati melakonkan watak

Memang tak asing lagi kita dengan pelakon kacak ini. Ashraf terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan akibat mengalami kecederaan hidung. Pelakon, Ashraf Muslim mengakui akan lebih berhati-hati terutama apabila terlibat dalam melakonkan babak aksi pergaduhan. Katanya Ashraf atau nama sebenarnya, Muhd Ashraf Muslim, 41, perkara itu diambil kira selepas mengalami kecederaan hidung ketika melakonkan salah satu babak drama rantaian, Demi. “Hidung patah dan benda itu kecil hanya kecederaan ringan saja. Cuma ada ‘bengkok’ sikit hidung ini. “Macam biasa perkara sebegini boleh berlaku ketika berlakon. Risiko benda yang kita tidak perasaan kadang-kala boleh terjadi.

Ashraf menceritakan pengalamannya yang mengalami kecederaan hidung ketika mengadakan penggambaran drama Demi di Fraser Hill

Katanya lagi “Walaupun sudah berlatih tetapi apabila benda sudah hendak jadi, tetap juga boleh berlaku sebarang kemungkinan,” katanya kepada mStar. Ditemui di majlis pelancaran drama Demi di sebuah hotel di ibu kota, Ashraf turut menceritakan pengalaman ketika mengalami kecederaan di lokasi penggambaran. Kongsi Ashraf, kemalangan yang berlaku antara dengan salah seorang pelakon itu terjadi secara tidak sengaja dan enggan memanjangkan isu tersebut.

Hidung patah dan benda itu kecil hanya kecederaan ringan saja. Cuma ada bengkok sikit hidung ini

Katanya “Ketika itu kejadian berlaku di Fraser Hill (Pahang) pada hujung minggu. Memandangkan di sana tidak memiliki pusat rawatan yang bersesuaian, jadi saya terpaksa pergi ke lokasi lain untuk mendapatkan rawatan. “Saya perlu turun ke bawah dan proses itu mengambil sekitar dua jam untuk mendapatkan rawatan. Sempat juga saya berhenti di tepi jalan kerana muntah termasuk pendarahan hidung tanpa henti. “Saya dimasukkan ke hospital sekitar lima hari sebelum memulakan semula sesi penggambaran,” jelasnya.

Ashraf akan lebih berhati-hati untuk melakukan babak aksi terutamanya melibatkan bergaduhan tumbuk-menumbuk setelah mengalami kecederaan hidung

Mengakui perkara tersebut merupakan kecederaan serius pertama sepanjang tempoh 20 tahun bergelar pelakon, Ashraf tidak menafikan kejadian itu membuatkan dia berasa takut untuk meneruskan penggambaran drama tersebut. “Selepas itu masing-masing semuanya agak takut-takut sehingga babak ringan tolak menolak sedikit sahaja sudah berasa bimbang,” terangnya sambil berseloroh. Selain Ashraf, drama terbitan Elisa Vision Sdn Bhd dan diarahkan oleh Rahila Ali turut dibintangi oleh Puteri Aishah, Keith Foo, Datuk Jalaluddin Hassan, Hasnul Rahman serta Safura Ya’cob. Sumber, mstar