Akibat teruk dikritik warganet, Sekali ini jawapan Ifa Raziah tentang isu gelek

Siapa tak kenal dengan penyanyi dangdut ini. Semua dah ketahui Antara isu yang hangat diperbualkan dalam minggu ini salah satunya mengenai penyanyi Ifa Raziah yang dikatakan sakan bergelek di satu majlis akikah yang diadakan baru-baru ini.

Video Gelekan Mendapat Kecaman Warganet

Sebelum ini, Ifa Raziah ada memuat naik beberapa video dia menghadiri satu majlis akikah dan dia merupakan salah seorang artis yang dijemput untuk membuat persembahan pada majlis tersebut. Dalam video tersebut, kelihatan Ifa Raziah sedang rancak bergelek dengan beberapa selebriti lain. Video tersebut mendapat kecaman daripada warganet yang menyatakan tindakan tersebut tidak kena dengan majlis yang diadakan.

Dibayar Untuk Bergelek

Kecaman yang dilontarkan oleh warganet telah mendapat perhatian Ifa Raziah. Dalam satu video terbarunya, dia menyatakan bahawa dia dibayar untuk melakukan perbuatan tersebut dan bukannya secara percuma. Malah dia juga menyatakan bahawa dia bukannya perempuan murahan dan dia mempunyai maruah dan harga kerana masih lagi ada permintaan terhadap dirinya.

Netizen Anggap Jawapan Ifa Angkuh

Melihat diruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dan mengkritik cara Ifa Raziah menjawab terhadap isunya sebelum ini. Jangan sombong kakā€¦Allah sayang kak Ifa..sebab tu ramai nasihatkan Kak Ifa. Perkara yang paling kita takut..apabila kita jadi hamba duit..ingat sis kekayaan itu tanda ujian dari Allah..hati-hati sis. Takutnyaaa dengar dia cakap. Malah warganet juga mempersoalkan hasil duit yang diterima dari gelekan tersebut. Bukan itu sahaja, dalam ada yang mengkritik, ada juga golongan warganet yang mendoakan semoga Ifa Raziah diberikan hidayah suatu hari nanti. Sumber, murai