Ayda Jebat tampil beri teguran pada rakan artis yang berkahwin melakonkan watak mesra, Ini yang buat ramai setuju

Umum kita kenali dengan penyanyi dan pelakon ini. Ayda Jebat tampil ulaskan sesuatu baru baru ini “Kadang-kadang bila tengok cerita membabitkan pelakon yang sudah berkahwin dan buat aksi-aksi tak sepatutnya ataupun me.lampau, terfikir juga bagaimana agaknya penerimaan pasangannya?” kata pelakon, Ayda Jebat, 30, yang sudah tidak mahu lagi melakonkan aksi m.esra atau bers.entuhan dengan pelakon lelaki. Ayda berkata, tidak ada keperluan untuk dia melakukan a.ksi sedemikian terutama selepas dia kini adalah isteri dan ibu.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, babak terlebih m.esra atau keterlaluan tidak semestinya perlu ada dalam filem atau drama bagi memberi impak tertentu. Sekadar info, kerjaya Ayda sebagai anak seni bermula apabila beliau menyertai program realiti Akademi Fantasia untuk musim ke9 di mana pada konsert tirai yang diadakan pada 2 April 2011, beliau menyanyikan lagu Separuh Nafas nyanyian kumpulan Dewa 19 dan Love TheWay You L.ie nyanyian Rihanna.

Mereka Tak Rasa Apa-Apa

Memanglah saya seorang pelakon, tapi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu itu perlahan-lahan sudah dipegang. Saya sudah tidak perlu cerita cinta yang kena bertepuk t.ampar atau berpegangan tangan dengan lelaki. “Era itu sudah berlalu dan saya kena didik peminat dan penonton di mana kita tidak perlukan filem sebegitu. Banyak saja filem atau drama seperti dari Korea Selatan yang tak perlu babak bers.entuhan tapi masih buat kita senyum dan berbunga-bunga,” katanya.

Ayda juga merasakan babak sedemikian juga satu pend.eraan m.ental buat peminat. “Bila mereka menontonnya, mereka tak rasa apa-apa? Tak rasa bersalah bila tengok idola atau artis kesayangan mereka buat aksi sebegitu?” katanya. Menurut isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu, berlakon bukannya kena buat sesuatu yang tular seperti perlu bercinta. Baginya gimik itu boleh, tapi tak perlu yang mela.mpau. “Sekarang ini saya bukan bawa nama Ayda Jebat saja tapi saya juga bawa nama suami dan nama keluarga. Jadi, malulah. Mungkin dulu saya pun tak bagus, tapi selepas ini saya sudah tak nak,” katanya.

Dalam pada itu, Ayda yang ditemui di sidang media program AwesomeRaja Lawak bakal menduduki kerusi juri tetap program itu bersama pelawak tersohor, Saiful Apek dan Khir Rahman. Ayda berharap pembabitannya dalam program itu bakal membantu berkongsi ilmu kepada peserta yang bertanding untuk pergi jauh dalam industri hiburan. Sumber, online malaya