Azhar Sulaiman tampil beri pesanan buat wanita yang tuduh leona, Ini respon berani Azhar

Umum lagi kita kenali dengan pelakon lelaki ini. Pelakon, Azhar Sulaiman tampil menjelaskan sebab tidak mahu memanjangkan isu mengenai anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki  memegang status suami orang.

“Saya Tidak Mahu Memanjangkan Perkara Ini Dengan Awak Pasal Leona”

Menerusi hantaran di Instagram, Azhar Sulaiman menitipkan doa serta nasihat buat wanita yang dikenali sebagai Nor Azira Othman yang telah melemparkan tuduhan terhadap Leona. “Salam Nor Azira Othman. Saya tidak mahu memanjangkan perkara ini dengan awak pasal Leona. Saya doakan yang terbaik dalam hidup dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Sekadar nasihat mesra untuk anda. Cari kawan baru yang mahir dalam media sosial.”-Tulis Azhar Sulaiman

Memikirkan Kesihatan Mental Wanita Tersebut

Dalam pada itu, pelakon filem Black Maria ini berpendapat bahawa wanita itu terselamat kerana dia masih memikirkan kesihatan mental wanita, malah jika isu tersebut berlaku pada orang lain, semestinya wanita itu akan mendapat tindakan undang-undang. “Dengan saya you terselamat sebab saya masih memikirkan kesihatan mental you. Kalau orang lain, pasti mereka akan saman you. Take care.”-Tulis Azhar Sulaiman Di ruangan komen-rata-rata warganet dan rakan selebriti menyifatkan Azhar Sulaiman seorang bapa yang penyabar apabila menghadapi fitnah yang dilemparkan terhadap anak perempuannya, malah ramai yang tampil menitipkan doa buatnya sekeluarga. Sumber, murai

Anak Anak Adalah Balasan Perbuatan Kita Dulu, Azhar Sulaiman Tampil Beri Jawapan Dengan Tenang. Pelakon Azhar Sulaiman terus tenang dan tidak mudah melatah setiap kali anak perempuannya menjadi perhatian warganet dalam pelbagai aspek. Tetap bersyukur dikurniakan zuriat yang punyai perangai dan cara masing-masing, akui Azhar yang membahasakan dirinya Mami, setiap keluarga juga punyai masalah sendiri.

“Syukur Alhamdullilah Mami Ada Anak Seperti Kasih Iris Leona. Ya disuka pakai seksi… Dah cakap jangan seksi… Ya tetap bergambar seksi…. Setiap parents akan ada pelbagai jenis masalah dengan anak-anak mereka. You name it lah segala problem yang seorang anak boleh conteng arang kat parents dia,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini.

Terdahulu, anak perempuannya, Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tampil dengan pakaian yang kurang sopan dipandang umum. Bagaimanapun, tambah Azhar, setiap perilaku anak-anak merupakan refleksi kepada kehidupan ibu bapa. “Pada Mami biarlah “begini dari begitu”. It could have been worst kalau nak renung balik zaman Muda Mami dulu. “Anak anak kita adalah balasan kepada apa yang kita buat semasa kita bujang dulu.. Mami Redha & Hope I Will Be Able To Manage My Family Properly,” panjatnya. Sumber, Gempak