Memang tak asing lagi kita dengan wanita ini. Penyanyi dan pelakon, Azza Elite meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang didakwa memberikan kata-kata kesat kepadanya disebabkan tempahan sejadah jualannya masih belum dapat disiapkan.
“Bapak I Meninggal Semalam Faham Tak”
Jelas Azza, dia baru sahaja kehilangan bapanya yang telah menghembuskan nafas terakhir pada Isnin dan masih sibuk menguruskan ibu di Singapura yang menyebabkan dia tidak dapat beri tumpuan kepada perniagaan sejadah-nya itu. “I tak pernah cari pasal dengan sesiapa. Balik Singapura pun baru berapa hari terus sibuk nak fikir urus mak i. Dengan bapa i sakit. Tak boleh nak fikir orang nak beli sejadah ke apa ke, i fikir ayah dengan mak i je! Keadaan parent i. Dalam dunia ni biar kita dahulukan mak ayah kita ya bang. Sampai hati tulis macam ni! Bapak i meninggal semalam (Isnin) paham tak.”-Tulis Azza
Titip Doa Buat Diva AA
Akui niat Diva AA mahu membeli sejadah itu sudah bagus, Azza menyatakan dia bakal ‘melawan’ Diva AA dengan memberikan doa agar Diva AA bertemu husnul khotimah. “Abang niat nak beli sejadah tu bagus sangat. Yang tu A bang. Tapi cara tu macam tak manis sangat. Bagus sangat Abang jaga hubungan dengan Allah tapi Allah juga suruh kita jaga hubungan sesama hamba.
Keterujaan Abang nak pakai sejadah Azza tu Azza syukur. Apa pun bang. Ini Kali aku lawan! Lawan dengan doa agar Abang Wan bertemu husnul khotimah.”-Tulis Azza Rata-rata rakan selebriti dan warganet tampil memberikan semangat buat Azza terus kuat hadapi ujian, malah ada yang memintanya untuk mengabaikan sahaja terhadap isu yang sedang berlaku. Sumber, murai