Masih ada yang bandingkan filemnya dengan filem abang, Syafiq Yusof terima komen dari warganet dari sudut positif

Memang tak asing lagi kita dengan pengarah ini. Filem terbaharu arahan Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil 3 (ALF3) bakal menjengah ke pawagam seluruh negara bermula 8 September ini. Mengakui bersedia sekiranya ALF3 dibandingkan dengan filem abangnya, Syamsul Yusof yang cemerlang menerusi naskhah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syafiq melihat perkara itu dari sudut positif. “Macam saya tak nak bandingkan tapi tetap akan ada orang bandingkan, tapi saya kena terima sahajalah sebab kadang-kadang yang komen adalah penonton yang mana merupakan pelanggan buat pengkarya filem. “Kadang-kadang komen penonton saya baca juga, apa yang saya boleh baiki, saya baiki.

Kata Syafiq lagi “Tapi sebab saya adik dia (Syamsul) memang orang akan tetap compare, nak buat macam mana. “Saya tak pernah nak fikir beat dia pun. Bagi saya, abang dan ayah saya macam sifu, saya banyak belajar daripada mereka. Filem saya pun sama acuan dengan mereka,” kata Syafiq. Sementara itu, Syafiq turut mendedahkan ibunya, Datin Patimah Ismail pernah secara berseloroh berkata, kemungkinan filemnya kurang berjaya mencatat kutipan memberansangkan kerana dia bukan seorang pelakon seperti bapa, Datuk Yusof Haslam dan abangnya yang bermula sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan. “Mak saya pernah cakap mungkin sebab saya bukan pelakon (filem flop) tapi saya memang tak minat berlakon,” katanya berseloroh.

ALF3 merupakan filem kesinambungan Abang Long Fadil dan Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan pada 2014 dan 2017. ALF3 menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlynn Waty, Tania Hudson, Daniella Sha, Joey Daud, Jay Iswazir, Khir Rahman dan Siraj. Sumber, media hiburan