Dai Wan tampil beri nasihat pedas pada Aliff Syukri, Dai Wan akui usahanya menegur usahawan itu sebelum ini hanya sia sia

Umum lagi kita kenali dengan pendakwah bebas ini. Wan Dazrin sekali lagi menegur Aliff. Penularan video teaser lagu terbaharu yang dimuat naik Datuk Seri Aliff Syukri turut mendapat perhatian pendakwah bebas iaitu Da’i Wan Dazrin yang menegur aksi kurang sopan dipamerkan usahawan sensasi berkenaan. Sudah berkali-kali memberi teguran secara terbuka sebelum ini, Wan Dazrin menganggap usaha itu sebagai sia-sia apabila Aliff tidak pernah mengambil iktibar untuk berubah. “Dari dulu sampai sekarang. Banyak kali rasanya teguran terbuka daripada saya. Tapi nampaknya masih sama. “Sayang seribu kali sayang kerana nasihat tidak pernah berhasil. Kita nasihat sebab sayang. Kita marah sebab prihatin,” katanya.

Warganet turut menegur Aliff

Wan Dazrin membuat teguran terbuka itu menerusi Instagram Story miliknya. Dalam perkongsian sama, Wan Dazrin berkata, dia tidak mahu melihat suatu hari nanti Aliff akan menyesal dengan semua tindak tanduknya yang hanya bersifat sementara di dunia. Wan Dazrin turut menasihatkan supaya Aliff berhenti melakukan perbuatan sedemikian dan memberi tumpuan kepada perkara memberi makna dalam kehidupan. “Pergilah Aliff dengan keduniaan itu. Satu masa kamu akan terduduk dan menyesal. Satu masa Aliff akan faham populariti itu sementara. “Satu masa kamu (Aliff) akan faham bahawa semua benda yang dia buat atas tujuan marketing ini hanya akan berakhir di dunia,” katanya.

Sayang seribu kali sayang kerana nasihat tidak pernah berhasil. Kita nasihat sebab sayang. Kita marah sebab prihatin

Lama mendiamkan diri daripada mengulas dan menegur, Wan Dazrin turut memberitahu akan lebih aktif memberi nasihat selepas ini kerana melihat perbuatan maksiat semakin berleluasa. “Sudah-sudahlah saudara Islamku. Buatlah sesuatu yang memberi makna pada kehidupanmu dan akhiratmu. Kamu masih punya waktu. Jangan sia-siakan ia dengan berjoget dan menyanyi semata-mata. “Insan yang telah lama menyepi daripada teguran terbuka dan mungkin kini akan kembali semula apabila hati tidak keruan melihat pelbagai jenis maksiat moden bermaharajalela hari ini,” ujarnya. Aliff sebelum itu memuat naik klip teaser lagu terbaharunya berjudul Baby Sayang yang turut menampilkan duet bersama penyanyi Baby Shima.

Baby Shima juga tempias kritikan

Video tersebut dihujani dengan pelbagai kritikan warganet yang kurang setuju dengan aksi keterlaluan Shima bergelek selain sikap Aliff yang tidak serik selepas pernah dihentam atas tindakan sama sebelum ini. Selepas beberapa jam ia dimuat naik, Aliff kemudian menyah aktifkan ruangan komen di Instagram miliknya. Bagaimanapun menerusi komen balas kepada pelakon Aeril Zafrel yang sempat diberikan, Aliff meluahkan rasa kecewa kerana menerima kritikan. “Saya sedih. Kenapa ramai kritik saya. Saya kecewa,” ucapnya. Sumber, mstar