Elyana teruk dikritik warganet dalam satu perkongsian video tiktok, Sekali ini respon berani Elyana

Umum mengetahui penyanyi dan pelakon Elyana sudah bebas daripada sakit kans3r limfoma yang dideritai sejak 11 tahun lalu. Sungguhpun begitu, baru baru ini menerusi perkongsian di Instagramnya sebelum ini, Elyana mengakui bahawa dia masih lagimenjalani rawatan kemoterapi walaupun sudah pulih daripada sakit berkenaan.

Kongsi Video Di TikTok

Sebelum ini, Elyana menerusi akaun TikToknya, Elyanaemrizal, ada berkongsikan kepada peminat mengenai aktiviti hariannya. Dalam video tersebut, kelihatan Elyana dan dua lagi rakannya sedang menari sambil mempromosikan produk yang dijual oleh mereka. Jumpa budak giler cantek sekali… chantekkk kewwww

Warganet Mula Membanjiri Komen

Melihat diruangan komen, pelbagai reaksi yang telah diberikan oleh warganet terhadap video yang dimuat naik oleh Elyana itu. Kelihatan ada sesetengah warganet yang mula terkejut dengan perubahan Elyana. Malah ada juga yang terkejut melihat cara Elyana membalas komen warganet dan ada yang memberikan nasihat kepada Elyana dengan menyatakan tidak salah untuk gembira, tetapi sepatutnya Elyana lebih berpada-pada. Antara komen warganet “buang masa dan buang air mata je untuk artis-artis yang insaf sekejap je”. “Sebelum ini punya la sedih menangis sebab sakit, bila dah sihat macam ini pula. Bukan tidak boleh gembirakan diri, tapi berpada ya”. “Terkejut tengok cara dia balas komen orang”.

Elyana Dan Peminat Maklumkan Sikap Sebenar

Dalam komen yang lain, ada segelintir peminat Elyana yang memaklumkan bahaya apa yang ditunjukkan oleh Elyana adalah dirinya sendiri yang mana merupakan seorang yang ‘gila-gila’. Elyana juga bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh peminatnya mengenai perangai sebenar dirinya tersebut. Terbaru Elyana memuat naik status di Instagram storynya menyatakan bahawa dia tidak pernah lupa diri dan menjadi dirinya sekarang bukanlah semudah yang disangkakan.