Lama berdiam Eyka Farhana muat naik gambar menjolok mata, terkejut sekali ini pula komen warganet

BELUM pun reda kontroversi yang melanda beberapa artis tanah air, Eyka Farhana pula menyertai senarai kritikan warganet apabila tampil dengan aksi menjolok mata dalam sebuah video kempen pakaian dalam sebuah jenama terkenal di Instagram. Menerusi video tersebut, Ekya dilihat mengenakan sports br* serta seluar dalam berwarna kelabu yang dipadankan dengan seluar dan jaket denim. Penampilannya itu turut mempamerkan sebahagian perut dan pusatnya sambil beraksi manja dan terbaring di sofa bagi memperlihatkan pakaian dalamnya. Di sebalik ada yang memuji tubuh badan Eyka yang cantik, namun video berkenaan telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan 1.8 juta pengikutnya di Instagram.

Rata-rata mengkritik tindakannya itu selain menganggap Eyka tidak sepatutnya merendahkan diri terlibat dalam kempen tersebut meskipun ia sebuah jenama terkenal antarabangsa. “Iklan kelas mat salleh, tapi itulah, modelnya orang Melayu kita. Islam pula tu. “Ini dinamakan ujian kemewahan hidup apabila menjadi ‘hot’. Ingatlah wahai kaum hawa, ribuan mata sedang melihat aurat anda. Tak tertanggung jutaan tahun. “Malu dah hilang mana dik? Kasihan sudah tiada perasaan malu. Klau ada malu tentu tak jadi macam ini. Nanti cari malu balik ya? Simpan dia baik-baik,” tulis netizen. Video berkenaan dimuat naik Eyka di Instagram miliknya pada malam Isnin dengan kapsyen My comfort of confidence. Bagaimanapun, pemilik nama penuh Wan Atiqa Farhan Wan Sarmizi ini dilihat telah menutup ruangan komen selepas mendapat banyak kritikan warganet.

Ini bukan kali pertama Eyka terpalit dengan kontroversi malah sebelum ini pernah dikecam hebat ekoran berkongsi gambar seksi ketika bulan Ramadan. Mengulas mengenai penampilan dan citarasa fesyen, Eyka memberitahu dia memilih apa sahaya yang ingin dipakai mengikut keselesaan sendiri. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.