Indah Ruhaila teruja menanti reaksi peminat terhadap lagu barunya All My Heart, Rupanya ia lagu ciptaan Ajai

Indah Ruhaila bertuah dapat merakamkan lagu ciptaan Ajai. Tampil buat kali pertama dengan genre berbeza berbanding lagu sebelum ini, penyanyi Indah Ruhaila menzahirkan rasa teruja menanti reaksi peminat terhadap karya baharunya berjudul All My Heart. Hampir setahun tidak merakam lagu baharu, Indah, 35, meletakkan harapan yang tinggi agar lagu hasil ciptaan Ajai dan lirik ditulis oleh Strawbery ini mampu memikat halwa telinga peminatm. “Selama ini orang mengenali Indah Ruhaila dengan lagu-lagu bersifat ‘dark’ namun kali ini sedikit berbeza. Lagu All My Heart ini bersifat ‘easy listening’ dan mudah diterima walaupun kali pertama mendengarnya.

Indah kini tampil dengan lagu baharu setelah lama menyepi.

Katanya “Saya berharap lagu ini mampu memberikan sesuatu yang baharu dan segar kepada peminat,” katanya. Tambahnya lagi, lagu ini sangat istimewa kerana berjaya menarik perhatiannya ketika kali pertama diberikan demo oleh Ajai. Walaupun diberikan dua pilihan demo, Indah lebih tertarik dengan lagu tersebut untuk dijadikan buah tangan baharu buat peminat. “Ajai ada memberikan dua pilihan lagu untuk saya pilih. Meskipun pilihan kedua tidak kurang hebat, saya lebih tertarik dengan lagu All My Heart.

Saya berharap lagu ini mampu memberikan sesuatu yang baharu dan segar kepada peminat

Katanya “Mungkin kerana melodi yang mudah didengar dan lirik yang jelas membuatkan saya terus bersetuju,” ujarnya. Sementara itu, Indah turut berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Ajai di mana kesempatan itu digunakan sebaik mungkin untuknya mempelajari ilmu baharu dalam bidang muzik. Menurutnya, selaku komposer terkenal tanahair, Ajai tidak lokek dalam berkongsi ilmu dan memberikan tunjuk ajar kepadanya.

Tidak susah membuat keputusan untuk memilih karya baharunya.

Selanjutnya kata Indah “Sepanjang proses rakaman, saya banyak belajar ilmu baharu daripada Ajai. “Saya juga diberikan peluang untuk memberikan pendapat bagi menghasilkan lagu yang sesuai dengan saya serta menyempurnakan lagu berkenaan seperti yang kami rancang,” jelasnya. All My Heart dilancarkan secara rasmi pada 12 Ogos 2022 manakala muzik video pula boleh ditonton melalui saluran YouTube Indigital Music. Sumber, mstar