Liza Abdullah akui bidang seni sudah sebati dalam diri, Rupanya Liza mahu berehat seketika bukan bersara

Memang tak asing lagi kita dengan pelakon wanita ini, Watak Mak Leha dalam naskhah fenomena 7 Hari Mencintaiku, yang melekat dengan namanya sejak enam tahun lalu ternyata memberi penangan kuat terhadap karier dramatis senior Liza Abdullah. Penerimaan dan kesanggupan karyawan menunggu kekosongan waktu, selain menambah karakter baharu semata-mata namanya turut tersenarai dalam sesebuah produksi mereka tidak membuatkannya letak harga.

Katanya “Saya terharu. Pada usia menghampiri 60-an ini, masih ada penerbit sanggup menunggu kekosongan jadual dan sengaja cipta karakter baharu semata-mata mahu saya terbabit dalam produksi mereka. “Nyata impak 7 Hari Mencintaiku cukup kuat. Bukan kaut semua atau tamak, sebaliknya saya susah berkata ‘tidak’ kerana enggan mengecewakan sesiapa. Jika mampu buat, saya ‘jalan’ saja. “Apa pun, penerimaan berterusan ini tidak akan membuatkan saya ‘demanding’ atau memilih watak. Saya masih Liza Abdullah yang dahulu,” katanya HibGLam.

Tidak hairan, pemilik nama penuh Norliza Abdullah, 58, itu bukan sekadar terbabit dengan drama radio atau teater, malah sedia menghadiri jemputan ke sesuatu majlis asalkan tidak bertembung jadual penggambaran. “Sejujurnya saya tidak kisah pun berlakon dalam drama radio atau teater walaupun bayaran mungkin tidak setinggi drama. Semua itu masih dalam lingkungan kerjaya saya, jadi kenapa tolak andai turut memberikan pengalaman berbeza “Baru-baru ini saya mencabar diri menerima tawaran berlakon dalam produksi teater Dara & Mak Cik Bawang yang cukup menyeronokkan kerana saya dapat menggali ilmu baharu.

Katanya lagi “Berlakon teater ada disiplin tertentu nyata memberi cabaran tersendiri. Teater bukan seperti penggambaran untuk produksi televisyen atau layar perak yang boleh diulang rakam. “Siapa tahu pementasan yang dikendalikan dua tokoh terkenal, Dr. Rusminah Tahir dan Siti Rohayah Attan itu mungkin menjadi pembabitan terakhir saya di pentas teater? Itu yang saya maklumkan pada rakan seperjuangan, Datuk Ziela Jalil,” luahnya.

Pada masa sama, ibu kepada lima cahaya mata itu pernah merancang memperlahankan rentak untuk mengisi ruang bersama keluarga, namun buat waktu ini hasrat itu ditangguhkan dulu. Dia bukannya mahu bersara apatah lagi melupakan bidang yang sudah diceburi sejak empat dekad lalu. “Bidang seni sudah sangat sebati dalam diri. Apabila telah berjuang hampir 40 tahun sebagai anak seni, berundur bukan sesuatu perkara mudah,” katanya.

Sepanjang karier, Liza pernah membintangi filem-filem Box Office sekitar 1980-an termasuk Ali Setan, Pagar Pagar Cinta, Jejaka Perasan dan. Ditanya tentang anugerah, pelakon awalnya dahulu pernah dikenali sebagai penyanyi itu menganggap semuanya berbalik kepada rezeki. “Kalau nak bagi pengiktirafan atau tidak, terpulanglah.  Jika dapat suatu hari nanti, saya anggap ia sebagai bonus,” tutupnya. Sumber, kosmo