Dalam masa beberapa minit duit 13k dalam bank lesap, sekali ini luahan Dr Rafidah

Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah hari ini memuat naik satu posting menyatakan kekecewan beliau dengan pihak CIMB Bank, di mana wang berjumlah RM13 Ribu lesap tanpa dapat di kesan. Melalui maklum balas dri CIMB, ternyata jawapan di terima buat Dr Rafidah kecewa dan memutuskan untuk tidak lagi menggunakan perkhidmatan perbankan dari CIMB setelah hampir 30 tahun menggunkan perkhidmatan dari bank tersebut. Berikut perkongsian dari Dr Rafidah. “SELAMAT TINGGAL CIMB. ” Sudah hampir 30 tahun dengan CIMB. Hari ini sangat sangat kecewa dengan CIMB. Langsung tiada sekuriti. Takkan lah 3 transaksi melalui CIMB click berjumlah RM13 ribu pada 2-2:30 pagi tidak ada trigger langsung? Langsung tidak ada minta TAC. Lesap dalam sekelip mata.

“This is absolutely ridiculous. Nampaknya duit TIDAK SELAMAT dengan CIMB bank. Saya dah report ke CIMB, polis dan sebagainya. Setakat ini feedback adalah kalau scammer dah keluarkan duit, duit itu tidak akan dapat dipulangkan. ” Tidak apa. Saya redha. “Yang pastinya saya langsung hilang kepercayaan kepada CIMB. Saya akan tutup akaun saya didalam masa terdekat ini. ” Hati-hati, mungkin berlaku kepada anda! Rafidah Abdullah. Setakat artikal ini di tulis, luahan dari Dr Rafidah telah mendapat 7 ribu perkongsian. Ramai antara warganet ada berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen. “Salam dr. Nak tanya sikit.

Dr guna iphone @ android?. Dr ada dpt apa2 msg/arahan utk install any software? Dr ada guna perbankan online bila menggunakan public wifi spt d starbuk, mcd n berkaitan? Dr ada dpt apa2 pautan/link/emel utk dibuka mungkin utk kemaskini maklumat atau sebagainya?” komen seorang warganet. Halaman Facebook rasmi CIMB Malaysia juga mula di hujani komen menayakan isu tersebut. Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.