Maya Karin teringin pegang watak Mahsuri sambil petik nama Syamsul Yusof, Sekali ini respon dari Syamsul

Memang tak asing lagi kita dengan pengarah terkenal ini. Teruja dengan kejayaan kutipan pecah panggung filem berbentuk sejarah, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, pelakon berkaliber, Maya Karin melahirkan hasrat untuk menterjemah watak le.genda, Mahsuri ke layar perak. Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke berkata, dia sememangnya sudah lama mengidamkan watak ikonik tersebut. Sekadar info, beliau merupakan seorang pelakon, penyanyi, model dan pengacara televisyen Malaysia kelahiran Jerman.

Menjadi salah seorang pelakon wanita terulung di Malaysia dalam industri perfileman tanah air, Maya meraih penghargaan meluas untuk kemenangan anugerah dan persembahan terbaik menerusi lakonannya dalam filem seperti P.ontianak Harum S.undal Malam 2004 dan Ombak Rindu 2011. Sebagai pelakon yang bertaraf kelas A, beliau diketahui banyak bertumpu kepada filem dan tidak memilih untuk muncul dalam drama televisyen. “Kalau ada mana-mana produser yang sudi terjemahkan kisah Mahsuri dalam bentuk filem atau mungkin saya kena buat sendiri ketawa.

Katanya “Sebenarnya, saya memang dah lama sangat teringin sangat nak buat Mahsuri. Kalau itu jadi kenyataan, memang sangat hebat. Kisah Mahsuri sangat menarik untuk difilemkan. “So many la.yers banyak lapisan cerita, betul tak betul termasuklah d.ongeng dan elemen sejarahnya. Kalau dapat difilemkan pada zaman sekarang, memang sangat-sangat mengujakan,” katanya. Pernah berlakon di bawah arahan sutradara hebat, Syamsul Yusof yang mempunyai sentuhan magis selepas filem arahan sutradara itu kini sudah berjaya mencecah kutipan RM 96 j.uta, Maya, 43, tidak teragak-agak memetik nama lelaki itu untuk menterjemahkan hasratnya melihat Mahsuri difilemkan.

Katanya “Saya minta Syamsul buatlah. Dengan duit untung Mat Kilau, kita buat Mahsuri pula tertawa,” ujarnya berseloroh. Syamsul kini meraih jolokan The 90 Mi.llion DollarMan rentetan filem terbaharu arahannya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya mencatat kutipan RM 96 j.uta selepas lebih sebulan ditayangkan di pawagam.

Ini Reaksi Dari Syamsul Yusof

Untuk rekod, kisah legenda Mahsuri pernah beberapa kali difilemkan. Yang pertama adalah pada tahun 1959 dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna ditulis oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada 1989, sebuah lagi filem berjudul S.umpahan Mahsuri diarahkan oleh Allahryaham Jamil Sulong telah diterbitkan yang menyaksikan Norlida Ahmad memainkan peranan sebagai Mahsuri dan Yusof Wahab sebagai Kelana. Sumber, online malaya

Kredit : Kosmo/IG

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.