Ustazah Asma Harun tampil jelaskan perempuan bertudung dan menutup aurat boleh melakukan aktiviti berkaitan wanita

Umum kita kenali dengan ustazah Asma harun ini. Tular isu penampilan pesilat negara wanita bertudung, penceramah jelaskan bahawa berhijab dan menutup aurat tidak mengganggu aktiviti wanita Tular baru-baru ini di media sosial tentang penampilan pesilat negara wanita, Merrywati Manuil mengenakan hijab ketika menyertai kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 di Ayer Keroh, Melaka.

Terbukti Hijab Dan Menutup Aurat Tidak Jejas Aktiviti Wanita

Melihat penampilan yang dibawa wanita kelahiran Sandakan, Sabah ini secara tidak langsung membuka mata kaum hawa bahawa penampilan sopan dan menutup aurat tidak sesekali menjejaskan sebarang aktiviti yang lakukan wanita. Malah pendakwah, penceramah dan juga penulis buku terkenal tanah air, ustazah Asma’ Harun juga mendedahkan bahawa imej bertudung yang dibawa Merrywati membuktikan bahawa menutup aurat tidak mengganggu wanita dalam sebarang urusan kerja yang dilakukan.

Katanya “Jika kita perhatikan wanita ini bukan beragama Islam, tetapi hatinya turut merasa selesa mengenakan tudung yang menjadi kewajipan buat wanita Islam. Malahan, dia sanggup mengenakannya dalam lapangan silat yang kita tahu memerlukan pergerakan yang aktif dan lincah. Allahuakbar, ini menjadi bukti bahawa dengan bertudung dan menutup aurat tidak menyekat seseorang wanita itu untuk melakukan apa jua aktiviti termasuklah aktiviti lasak sekalipun.” Coret beliau

Inspirasi Buat Kaum Hawa

Ustazah Asma juga mengatakan dalam coretan yang dimuatnaik di Instagram beliau, bahawa penampilan yang dibawa pesilat negara wanita ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi menyuntik semangat kaum hawa untuk istiqamah  dalam menutup aurat. “Sahabat semua, jadikan kisah ini satu suntikan semangat dan inspirasi buat kita untuk terus istiqamah menutup aurat dengan sempurna. Besar ganjaran buat mereka yang istiqamah di jalan kebaikan.” Coretnya lagi

Sekadar info, pesilat negara wanita iaitu Merrywati Manuil mendedahkan di laman Facebook-nya mengenai penampilan berhijab yang dikenakan semasa kejuaraan Pencak Silat Dunia baru-baru ini adalah kerana atas dasar hormat beliau terhadap seni persilatan Melayu. Sumber, murai